CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24297|Reply: 0

[Kedah] Kanak-kanak maut, motosikal ditunggang bersama abang dan rakan kemalangan dengan van

[Copy link]
Post time 18-10-2024 02:34 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak maut, motosikal ditunggang bersama abang dan rakan kemalangan dengan van

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




MOTOSIKAL dan van yang terbabit kemalangan dekat Kampung Charok Putih yang mengorbankan seorang kanak-kanak. FOTO Ihsan Polis.





Baling: Murid tahun satu maut selepas motosikal ditunggang bersama abang dan rakannya terbabit kemalangan dengan van di Jalan Baling/Weng/ Tanjung Pari dekat Kampung Charok Putih di sini, hari ini.

Mangsa Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu berusia tujuh tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Abangnya yang berusia 10 tahun selaku penunggang cedera di leher dan luka pada badan, manakala rakan mereka juga berusia 10 tahun patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada 3.35 petang, dengan motosikal difahamkan milik bapa saudara dua beradik terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati van dinaiki tiga lelaki yang juga peniaga pasar malam berusia antara 22 hingga 46 tahun dari arah Kampung Landai, Sik menghala ke Kampung Bandar, manakala motosikal dari arah Kampung Charok Putih menghala ke Kampung Surau.

"Kemalangan dipercayai berlaku ketika van dipandu lelaki 26 tahun yang bergerak di laluan lurus, tidak sempat mengelak motosikal mangsa yang tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri.

"Van melanggar di bahagian hadapan kanan motosikal, menyebabkan penunggang motosikal melambung dan jatuh ke dalam longkang kanan jalan, manakala dua lagi kanak-kanak yang membonceng tersepit pada tayar van," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kanak-kanak yang cedera dibawa ke Hospital Baling untuk rawatan, manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat.

"Pemandu van luka di tangan dan kaki kanan manakala penumpang tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 17, 2024 @ 11:27pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1145500/kanak-kanak-maut-motosikal-ditunggang-bersama-abang-dan-rakan-kemalangan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.041630 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list