CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29511|Reply: 0

[Sabah] Kesedaran penjagaan kesihatan penting didedahkan dari peringkat sekolah

[Copy link]
Post time 18-10-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Para murid, ibubapa, guru-guru dan tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan.

PENAMPANG: Kesedaran penjagaan kesihatan melalui program kesihatan yang dianjurkan oleh Hospital Pakar KPJ Sabah memberi manfaat kepada murid di Sekolah Kebangsaan St Theresa Inobong, Penampang baru-baru ini.

Program Kesihatan (Discovering Wellness Program) pada mulanya dianjurkan pada 2019 di mana KPJ Sabah mengadakan beberapa program kesihatan untuk sekolah-sekolah di daerah Kota Kinabalu dan Penampang.

KPJ Sabah merupakan satu-satunya hospital pakar swasta di Sabah yang menganjurkan program seumpamanya.

KPJ Sabah juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam penganjuran program itu.

Program diadakan bagi mewujudkan kesedaran dan mendidik murid, ibubapa serta guru-guru mengenai penyakit berjangkit seperti Denggi, Kolera, keracunan makanan, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Program itu juga mempamerkan cara yang betul mengenai penjagaan kebersihan tangan, bantuan pernafasan (CPR) dan pertolongan cemas.

Ia juga merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPJ Sabah dalam mewujudkan kesedaran serta mengelak dari penyakit-penyakit yang berleluasa pada masa kini.

Program berkenaan telah dihadiri oleh 246 pelajar, 20 guru-guru sekolah serta ibubapa murid.

Ini merupakan kali pertama program kesihatan ini dianjurkan untuk sekolah-sekolah di daerah Penampang bagi tahun ini.

Penceramah dalam program kesihatan itu ialah Pakar Perunding Residen Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pakar KPJ Sabah, Dr Elsie Jane Anastasius.

Ceramah disampaikan dengan topik 'Kenapa saya selalu bersin dan berhingus? Adakah itu normal?'.

Sementara itu, penceramah kedua adalah Ting Ing dan Adeanna Abby Ng dari Unit Fisioterapi Hospital Pakar KPJ Sabah. Topik mereka adalah 'Kesedaran Postur'.

Di samping ceramah kesihatan, program kesihatan juga melibatkan aktiviti-aktiviti seperti saringan pemeriksaan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan kuiz.

KPJ Sabah berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak program kesihatan dengan sekolah-sekolah di masa hadapan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.040430 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list