CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39682|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari sempurnakan Majlis Makan Malam Gala IDECS Ke-7

[Copy link]
Post time 18-10-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (dua kiri) menyerahkan replika cek kepada wakil pemenang. Turut kelihatan Julaihi (dua kanan), Abu Bakar (kiri) serta yang lain. - Gambar Facebook Sarawakku

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Makan Malam Gala IDECS Ke-7 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.

Majlis turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Pengerusi SAINS Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri di Pejabat Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Pengerusi SDEC merangkap Timbalan Pengerusi IDECS Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani bersama tetamu kehormat yang lain.

Memetik Facebook Sarawakku, dalam majlis penutupan tersebut Premier Sarawak telah menyampaikan beberapa anugerah utama inisiatif digital  termasuk Premier Digital Economy Awards 2024 yang dimenangi oleh MyContent Distribution Sdn Bhd.

MyContent Distribution telah menerima Anugerah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSMEs), memainkan peranan besar dalam membawa filem tempatan Sarawak ke platform penstriman global seperti Netflix, Amazon Prime Video dan VIU.

Selain itu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya merangkul Anugerah Penyelidikan dan Pembangunan melalui projek inovatif mereka iaitu Sistem Saringan Retinopati Diabetik (DR) Berasaskan Telefon Pintar Menggunakan Klasifikasi Pembelajaran Mendalam CNN.

Evolving Brilliance Technologies Sdn Bhd pula telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Start-Up Teknologi menerusi projek cemerlang mereka, Sistem Pengurusan Pengoptimuman Proses (POMAS).

Anugerah Kerajaan Digital pula diraih oleh Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU) dengan projek SCS Mobile+, yang berperanan dalam memperkasa transformasi digital dalam perkhidmatan kerajaan.

Platform ini menyediakan satu titik akses untuk pelbagai jabatan kerajaan yang memudahkan urusan semua pihak berkepentingan.

Projek Jabatan Hutan Sarawak, iaitu Kempen Penghijauan Sarawak (Pemulihan Landskap Hutan): Menukar Komitmen Menjadi Kanopi memenangi Anugerah Kelestarian.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi impak besar kepada kelestarian hutan di Sarawak, tetapi juga berjaya mencapai sasaran penanaman 35 juta pokok menjelang 2025.

IDECS 2024 merupakan platform persidangan global untuk memajukan kecemerlangan digital dan kemajuan sosioekonomi anjuran bersama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan SAINS.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048579 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list