CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69326|Reply: 0

[Kedah] Muhammad Faqqeh Adha pergi jua...

[Copy link]
Post time 19-10-2024 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Muhammad Faqqeh Adha pergi jua...

Zuliaty Zulkiffli[email protected]



MUHAMMAD Faqqeh yang menghidap kanser retinoblastoma tahap empat meninggal dunia, hari ini. FOTO Ihsan Abu Soffian Ghazali.





Alor Setar: Kanak-kanak berusia tiga tahun, Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian yang menghidap kanser retinoblastoma tahap empat akhirnya meninggal dunia, hari ini.

Bapanya, Abu Soffian Ghazali,51, berkata, anak bongsu daripada 11 beradik itu pergi buat selama-lamanya pada jam 5.25 petang di rumah mereka di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak di Padang Terap.

Katanya, anaknya itu baru pulang ke rumah jam 11 pagi selepas dibenarkan pulang dari menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak 8 Oktober lalu.

"Masa dia balik tadi, keadaan arwah seperti biasa.. Dia makan dan minum seperti biasa dari hospital sehinggasampai di rumah.

"Lepas itu dia tidur mungkin letih dan akhirnya tidur buat selama-lamanya namun kami reda dengan apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abu Soffian berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Mukim Tualak jam 11 malam ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan kesejahteraan anaknya ketika hayatnya masih ada.

Katanya, nasib yang menimpa anaknya itu turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang menyalurkan bantuan melalui akaun bank isterinya selepas kisah anaknya disiarkan melalui akhbar Harian Metro pada 7 Oktober lalu.

Muka depan Harian Metro sebelum ini melaporkan, Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian sepatutnya ceria menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain namun kehidupannya berubah selepas dia disahkan menghidap kanser retinoblastoma, tahun lalu.

Kanser itu menyerang saraf pada mata kanannya sehingga menyebabkan benjolan pada matanya itu semakin membesar malah besar sedikit daripada bola tenis.



Disiarkan pada: Oktober 19, 2024 @ 7:19pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146262/muhammad-faqqeh-adha-pergi-jua




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.359188 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list