CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4460|Reply: 0

[Sabah] Anggota tentera dipenjara 80 bulan, denda RM20,000

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:13 PM | Show all posts |Read mode


BERSALAH: Tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang anggota tentera dijatuhi hukuman penjara enam tahun lapan bulan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian rakan sekerjanya.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Aiman Zahari, 27, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara 11 bulan jika gagal membayar denda, selain lesen memandu di endos dan turut hilang kelayakan memegang lesen memandu dalam tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman seperti permohonan peguambela tertuduh yang akan memfailkan rayuan serta-merta, manakala, wang jaminan ditambah RM1,000 daripada jumlah ditawarkan sebelum ini.

Muhammad Aiman didakwa melakukan kesalahan itu di Batu 7 Jalan Apas kira-kira jam 2 pagi pada 16 April 2023 ketika memandu sebuah kenderaan dan menyebabkan kematian kepada Mohd Asyraf Ibrahim, 26.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh kali pertama didakwa di mahkamah pada 4 Oktober 2023 dan seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding pendakwaan, manakala, tertuduh sendiri sebagai saksi pembelaan.

Dalam kejadian pada 16 April 2023, tertuduh yang memandu kereta sedang dalam perjalanan ke Bandar Sri Indah (BSI) dari sebuah pusat hiburan di kawasan Fajar bersama empat penumpang iaitu dua rakan sekerja dan dua orang awam wanita.

Bagaimanapun, kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas sendiri kerana dipandu dengan laju serta mengakibatkan mangsa yang cedera parah dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.42 malam di Hospital Tawau pada keesokan harinya.

Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri tampil mewakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad, manakala, tertuduh diwakili peguam Goldam Hamid.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 160936 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28
Murung lepas bapa meninggal remaja usia 16 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondo
RalineMurung lepas bapa meninggal remaja usia
Views : 17585 Replies : 7
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26009 Replies : 9
Jefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan pada jari
RalineJefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan
Views : 12397 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.402606 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list