CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15496|Reply: 0

[Sarawak] Premier yakin Sarawak miliki syarikat penerbangan sendiri awal tahun hadapan

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ditemani Fadillah dan tetamu kehormat lain berucap pada Majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 Edisi ke-15 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, malam Sabtu.

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin Sarawak akan mempunyai syarikat penerbangan sendiri awal tahun depan.
Jelasnya, hal ini kerana beliau percaya proses mengambil alih syarikat penerbangan MASwings akan selesai penghujung tahun ini.

"Kita telah mengambil alih Pelabuhan Bintulu yang sekarang ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana memberikannya kepada kita (Sarawak).

“Ini bermakna seluruh pelabuhan di Sarawak sudah diurus kita sendiri dan selepas ini pula kita akan ada syarikat penerbangan sendiri, insya-Allah kita selesaikan proses mengambil alih MASwings hujung tahun ini.

"Selepas itu, ini akan membolehkan kita beroperasi awal tahun depan supaya anak Sarawak dapat berulang-alik dari Semenanjung Malaysia ke negeri ini dengan kadar tambang yang berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 Edisi ke-15 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini malam Sabtu.


Tun Wan Junaidi ditemani Toh Puan Fauziah hadir pada Majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 Edisi ke-15 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, malam Sabtu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, barisan Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri serta tetamu kehormat lain.

Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu, dengan adanya syarikat penerbangan milik Sarawak sendiri akan merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.
"Ini akan memudahkan pengunjung dari luar berkunjung ke Sarawak sekali gus dapat mempromosikan tempat tarikan pelancong.

"Dan kita boleh bawa pelancong ke dua Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Sarawak iaitu Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Niah,” tambahnya.

Pada masa sama beliau menyeru kerjasama semua pihak dalam menentukan hala tuju Sarawak ke arah ekonomi baharu selari dengan perubahan teknologi dan digital masa kini.

Tegasnya, ini dapat merealisasikan impian Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Semua ini memerlukan perpaduan dan kerjasama semua pihak dalam kita menentukan hala tuju ekonomi baharu untuk Sarawak," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 160936 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28
Murung lepas bapa meninggal remaja usia 16 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondo
RalineMurung lepas bapa meninggal remaja usia
Views : 17585 Replies : 7
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26009 Replies : 9
Jefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan pada jari
RalineJefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan
Views : 12397 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.223389 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list