CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15595|Reply: 0

[Sarawak] KPDN rampas minyak masak peket bersubsidi dan gula di sebuah premis di Kuching

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:49 PM | Show all posts |Read mode


Minyak masak peket bersubsidi dan gula yang dirampas di sebuah premis di Kuching. - Gambar KPDN Sarawak



Gambar KPDN Sarawak
KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak merampas minyak masak peket bersubsidi dan gula di sebuah premis di Jalan Setia Raja di sini, semalam.

Menurut kenyataan KPDN Sarawak hari ini, rampasan itu hasil pemeriksaan ke atas premis terbabit yang menemui 2,340 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi polibeg 1kg dan 936kg gula pasir kasar 1kg.

“Sepasukan pegawai penguatkuasaan KPDN Sarawak mengesan kesalahan peniaga dalam menjual barang kawalan berdasarkan aduan orang awam.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, satu tindakan kes telah dihasilkan ke atas sebuah premis perniagaan,” ujarnya.

Menurutnya, anggaran sitaan bernilai sebanyak RM8,517.60 bagi tujuan siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, Seksyen Penguat Kuasa KPDN Negeri Sarawak telah membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Iaitu memiliki atau ada dalam kawalan barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak akan melakukan kesalahan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, jika sabit kesalahan boleh didenda iaitu jika satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua juta ringgit bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi lima juta.

Manakala bagi kesalahan kedua atau jika bukan satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi tiga juta.

Bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi tempoh selama lima tahun atau kedua-duanya.

“Masyarakat dimohon menjadi mata dan telinga bagi membantu kementerian dengan menghulurkan maklumat sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi.

“Ia bagi memastikan aktiviti penyelewengan ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 160936 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28
Murung lepas bapa meninggal remaja usia 16 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondo
RalineMurung lepas bapa meninggal remaja usia
Views : 17585 Replies : 7
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26009 Replies : 9
Jefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan pada jari
RalineJefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan
Views : 12397 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.213326 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list