CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15891|Reply: 0

[Sarawak] Syarikat Sabah buktikan layak dapat kontrak utama OGSE

[Copy link]
Post time 22-10-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode


ANUGERAH: Masidi (dua kiri) bersama wakil syarikat tempatan yang menerima kontrak besar utama dalam OGSE.

KOTA KINABALU: Beberapa syarikat tempatan Sabah berjaya melakar sejarah dalam industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) selepas dianugerahkan kontrak besar utama, termasuk beberapa yang pertama dalam kategori kerja tertentu sejak beberapa bulan lepas.

Kontrak berkenaan termasuk dalam bidang kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan, penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian, penyelenggaraan pemulihan, perkhidmatan telaga bersepadu, logistik pihak ketiga dan pembekalan kapal laut.

Pemberian kontrak baharu berkenaan dijangka menjana kira-kira 1,000 peluang pekerjaan untuk syarikat Sabah melibatkan pelbagai bidang kemahiran dan disiplin kerja.

Di bawah pentadbiran kerajaan negeri, kejayaan ini didorong oleh kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan teknikal yang berpengalaman serta komitmen untuk mencipta pekerjaan tempatan.

Selain itu, ia turut memberi tumpuan untuk menerokai bidang baharu dalam perkhidmatan OGSE tanpa menjejaskan kos, keselamatan, kualiti dan jadual projek.

Selepas Perjanjian Kerjasama Komersial di antara kerajaan negeri dan PETRONAS pada Disember 2021, nilai kontrak tempatan dalam OGSE di Sabah meningkat daripada RM341 juta kepada RM780 juta dan jumlah kontraktor tempatan daripada 263 kepada 475 pada 2023.

Menteri Kewangan yang juga Pengerusi SMJ Energy Sdn Bhd Datuk  Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, pencapaian itu sememangnya sesuatu yang luar biasa untuk Sabah kerana berjaya membuktikan syarikat tempatan mampu bersaing dalam liga besar OGSE.

"Saya berharap trend peningkatan penyertaan tempatan dalam OGSE akan terus meningkat dan lebih ramai rakyat Sabah terus merebut peluang dan memanfaatkan industri minyak dan gas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif OGSE dan Korporat SMJ Energy Terry Biusing berkata, syarikat Sabah kini memperoleh bahagian yang lebih besar daripada kontrak OGSE tempatan di Sabah.

"Unjuran hasil untuk syarikat OGSE Sabah dijangka melebihi RM2 bilion pada 2024, dengan lebih 60 syarikat meraih antara RM1 juta hingga lebih RM300 juta hasil sehingga Ogos 2024," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 160936 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28
Murung lepas bapa meninggal remaja usia 16 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondo
RalineMurung lepas bapa meninggal remaja usia
Views : 17585 Replies : 7
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26009 Replies : 9
Jefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan pada jari
RalineJefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan
Views : 12397 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.032987 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list