CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16209|Reply: 3

Negeri Paling Selamat Di Malaysia Adalah Sabah Dan No.2 Kelantan

[Copy link]
Post time 22-10-2024 04:26 PM | Show all posts |Read mode





Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, baru-baru ini berkongsi kegembiraan melalui hantaran di Facebook apabila Kelantan dinobatkan sebagai negeri kedua paling selamat di Malaysia.


Berdasarkan laporan terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail, beliau turut menyeru rakyat negeri itu untuk terus membina Kelantan Maju dan Rakyat Sejahtera, dengan izin Allah.


"Kelantan tangga kedua negeri paling selamat di Malaysia. Kita bersama membina Kelantan Maju Rakyat Sejahtera, insya-ALLAH.- Katanya."


Menurut laporan tersebut, Sabah berada di tangga teratas dengan indeks jenayah terendah sebanyak 95, menjadikannya negeri paling selamat pada tahun 2023. Kelantan menyusul di tempat kedua dengan indeks jenayah 96, sementara Terengganu di tempat ketiga dengan skor 100.


Kuala Lumpur dan Selangor catat jenayah tertinggi di Malaysia…


Namun begitu, tidak semua negeri mencatatkan keputusan yang positif. Kuala Lumpur mencatatkan kadar jenayah tertinggi dengan indeks 221, diikuti oleh Selangor (196), Kedah dan Pulau Pinang (193), serta Negeri Sembilan (159).


Laporan juga menyatakan bahawa kadar jenayah keseluruhan di Malaysia meningkat sebanyak 3.2% berbanding tahun lalu, dengan 52,444 kes jenayah dicatatkan pada tahun 2023 berbanding 50,813 kes pada 2022.


Kedudukan Malaysia dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2024…


Menariknya, walaupun kadar jenayah dalam negara meningkat, Malaysia masih berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai negara ke-10 paling selamat di dunia dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2024. Malaysia juga diiktiraf sebagai negara ketiga paling selamat di Asia Pasifik selepas New Zealand dan Singapura.


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan yang berpangkalan di Sydney, Australia, pencapaian ini adalah hasil daripada beberapa faktor global, termasuk konflik di Gaza dan Ukraine yang menyumbang kepada kemerosotan keamanan di 97 negara lain.


Konflik tersebut turut menyebabkan peningkatan pelarian dan memberi impak besar kepada ekonomi global, dengan tahap keganasan meningkat kepada 19.1 trilion pada tahun 2023.






Kredit: Oh Media
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wuuiittt...Kedah nombor 3???
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku rasa nak ketawa??
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillahh. terimalah hakikat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.417719 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list