CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28723|Reply: 2

Kes radang paru-paru mycoplasma di Jepun catat rekod tertinggi selama tiga minggu berturut-turut

[Copy link]
Post time 23-10-2024 01:01 AM | Show all posts |Read mode





Tokyo: Kes radang paru-paru mycoplasma, penyakit pernafasan disebabkan bakteria, mencatat rekod tertinggi di Jepun selama tiga minggu berturut-turut, lapor Xinhua pada Selasa.


Memetik Harian Metro, Dalam tempoh seminggu hingga 13 Oktober, purata kes yang dilaporkan di sekitar 500 institusi perubatan adalah 1.95 kes setiap institusi, menurut NHK yang memetik data dari Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan. Ini menandakan peningkatan selama tujuh minggu berturut-turut dan merupakan rekod mingguan tertinggi sejak 1999.


Wilayah Fukui mencatatkan purata tertinggi dengan 5.67 pesakit setiap institusi, diikuti Aichi (5 kes) dan Kyoto (4.29 kes).


Jangkitan ini merebak melalui titisan udara akibat batuk dan bersin, menyebabkan gejala seperti demam, batuk, keletihan, dan sakit kepala. Batuk boleh berlarutan beberapa minggu, dengan beberapa pesakit memerlukan rawatan hospital akibat radang paru-paru yang teruk.


Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran bahawa jumlah kes dijangka kekal tinggi sepanjang musim sejuk dan mengingatkan kepentingan langkah pencegahan seperti mencuci tangan dan memakai pelitup muka.


Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Omg seram nye....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:02 AM | Show all posts
kena berjaga-jaga ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.048887 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list