CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9583|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pekerja katering nafi liwat, amang seksual 4 remaja lelaki bawah umur

[Copy link]
Post time 23-10-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja katering nafi liwat, amang seksual 4 remaja lelaki bawah umur

Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 23, 2024 @ 1:32pm [email protected]




Pekerja katering, Haikal Hazwan Che Wan, 24, (tengah) dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth atas enam pertuduhan melakukan amang seksual termasuk meliwat empat remaja lelaki. - Foto NSTP/Danial Saad





BUTTERWORTH: Seorang pekerja katering dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat remaja lelaki antara Mac 2023 dan Mei tahun ini.

Tertuduh Muhammad Haikal Hazwan Che Man, 24, yang masih bujang mengaku tidak bersalah dan mohon semua kesnya dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Kesalahan liwat didakwa dilakukan dalam sebuah bilik di Apartmen Permata di Bandar Perda, Bukit Mertajam, jam 3 petang pada Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua hingga keenam pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual di bilik apartmen sama antara Mac 2023 dan Mei tahun ini.

Pendakwaan bagi semua kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, Wan Amira tidak menawarkan jaminan berikutan kesalahan serius yang dilakukan apatah lagi semua mangsa bawah umur.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuan yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) meminta supaya mahkamah dapat memberikan jaminan paling minimum kerana tertuduh yang bekerja sebagai pekerja katering hanya berpendapatan RM1,200 selain perlu menanggung keluarga.

Hakim Zulhazmi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta meminta tertuduh supaya tidak mendekati serta mengganggu mangsa dan pengadu sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 25 November depan untuk laporan perubatan dan laporan kimia.

Sementara itu, di Mahkamah Bukit Mertajam tertuduh juga didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana menyimpan beberapa keping gambar lucah dalam telefon bimbit jenis iPhone 11 Pro miliknya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1314866/pekerja-katering-nafi-liwat-amang-seksual-4-remaja-lelaki-bawah-umur





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 03:55 PM | Show all posts
Celaka jantan cmni, moga mampus kena cardiac arrest hendaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.217431 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list