CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9357|Reply: 0

[Kedah] Diugut dengan parang lepas minta jiran alih kenderaan

[Copy link]
Post time 23-10-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 23-10-2024 02:47 PM

Diugut dengan parang lepas minta jiran alih kenderaan

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
23 Oktober 2024 02:00pm




Mangsa diugut menggunakan parang hanya kerana meminta jiran mengalihkan kenderaan. Gambar hiasan. Gambar kecil: Wan Azharudin



SUNGAI PETANI - Hanya kerana meminta jiran mengalihkan kenderaan, seorang warga emas di Taman Meriah di sini diugut menggunakan parang dalam kejadian pada Selasa.

Difahamkan, permintaan itu dibuat bagi memberi laluan kepada lori sampah yang membuat kutipan di perumahan tersebut.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail berkata, semasa kejadian, mangsa berusia 63 tahun pergi ke rumah suspek yang terletak berhadapan rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, tujuan mangsa berbuat demikian kerana mahu meminta suspek mengubah dua kenderaan yang menghalang laluan lori sampah.

Secara tiba-tiba beberapa suspek keluar membuat bising, seorang daripadanya mengeluarkan parang dan melibas ke arah mangsa serta jiran lain sambil mengugut dengan kata-kata "tengoklah apa akan terjadi"

Suspek juga membaling kasut dan terkena pada mangsa," katanya.

Disebabkan bimbang dengan tindakan suspek, mangsa dan penduduk perumahan itu terus melarikan diri.

Satu laporan polis dibuat berhubung kejadian atas dasar keselamatan.


Wan Azharudin berkata, siasatan dijalankan mendapati mangsa dan penduduk lain telah menetap di taman berkenaan sejak 30 tahun lalu namun suspek dikatakan baharu menyewa sejak tiga bulan lalu.

"Dua suspek berusia 35 dan 43 tahun dikesan positif dadah telah ditahan bersama barangan rampasan.


"Kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

https://www.sinarharian.com.my/article/692644/berita/semasa/diugut-dengan-parang-lepas-minta-jiran-alih-kenderaan



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040955 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list