CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13366|Reply: 14

[Dunia] Korea Utara, Selatan diheret ke perang Russia-Ukraine

[Copy link]
Post time 24-10-2024 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Korea Utara, Selatan diheret ke perang Russia-Ukraine

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... ang-russia-ukraine/

Oleh KOSMO!
24 Oktober 2024, 8:14 am


GAMBAR fail menunjukkan latihan tembakan kereta kebal Korea Selatan di Pocheon. - AFP

SEOUL – Ketegangan antara Korea Selatan dan Korea Utara memasuki episod baharu apabila kedua-dua seteru itu mula diheret ke kancah perang Russia dan Ukraine.

Akhbar The Guardian melaporkan, Seoul sedang mempertimbangkan untuk membekalkan senjata secara terus ke Ukraine. Ia susulan bukti-bukti semakin meningkat yang mengatakan bahawa askar-askar Pyongyang bersiap sedia untuk membantu Russia dalam peperangan.

Agensi perisikan Korea Selatan (NIS) berkata pada minggu lalu bahawa Korea Utara telah menghantar 1,500 anggota pasukan khas ke timur jauh Russia untuk menyertai latihan dan menyesuaikan diri di sebuah pangkalan tentera. Ia didakwa bagi menghadapi pertempuran di samping tentera Moscow di Ukraine.

Media tempatan memetik NIS sebagai berkata, Pyongyang memutuskan untuk menghantar seramai 12,000 askar yang dibentuk menjadi empat briged ke Russia.

Susulan itu, seorang pegawai kanan di Pejabat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol kelmarin berkata, Seoul mempertimbangkan untuk membekalkan senjata pertahanan dan yang boleh membawa maut kepada Ukraine, namun ia bergantung kepada perkembangan semasa.

“Kami akan mempertimbangkan untuk membekalkan senjata bagi tujuan pertahanan (Ukraine) sebagai sebahagian daripada senario langkah demi langkah.

“Sekiranya mereka (Korea Utara dan Russia) bertindak keterlaluan, kami mungkin akan mempertimbangkan penggunaan serangan,” kata pegawai Suk-yeol kepada pemberita.

Komen itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Negara Korea Selatan mengadakan mesyuarat tergempar untuk menilai tindak balasnya terhadap hubungan ketenteraan Korea Utara dan Russia yang semakin meningkat.

Korea Selatan yang mempunyai sejumlah simpanan peluru artileri terbesar di dunia, telah memberikan bantuan kemanusiaan dan sokongan lain kepada Ukraine sambil menyertai sekatan ekonomi yang diketuai oleh Barat terhadap Moscow.

Namun, ia tidak secara langsung memberikan bantuan senjata kepada Kyiv kerana akur kepada dasar lama untuk tidak membekalkan senjata kepada negara yang terlibat secara aktif dalam konflik.

Kyiv bagaimanapun mengalu-alukan peralihan dasar senjata Seoul ketika negara itu menghadapi masalah kekurangan senjata yang serius.

Pada Ahad lalu, pusat komunikasi strategik dan keselamatan maklumat Ukraine mengedarkan video yang menunjukkan askar-askar Korea Utara menerima pakaian seragam dan peralatan di sebuah pusat latihan di Sergeevka, Russia.

Sebuah media saluran bebas di Russia, Astra menerbitkan dua klip video kelmarin tentang apa yang kelihatan seperti sejumlah askar Korea Utara berdiri di luar sebuah pangkalan tentera dan bercakap dalam bahasa Korea.

Russia dalam pada itu menolak untuk menjawab secara langsung soalan tentang sama ada tentera Pyongyang akan bertempur di Ukraine. Namun, Kremlin berkata, ia adalah hak kedaulatan Moscow untuk menjalin hubungan dengan Pyongyang.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu wartawan Isnin lalu bahawa kerjasama antara Moscow dan Pyongyang ‘tiada kaitan dengan negara pihak ketiga’.

Tambahnya, perkara itu tidak sepatutnya membimbangkan sesiapa, lapor agensi berita TASS.

Sementara itu, adik perempuan kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, mengecam Kyiv dan Seoul susulan amaran mereka tentang dakwaan campur tangan Pyongyang konflik tersebut.

Kim Yo-jong menuduh Korea Selatan sebagai ‘sampah’ yang melanggar kedaulatan Korea Utara dan menindas Pyongyang kerana pencerobohan dron ke atas negara komunis itu.

“Seoul dan Kyiv adalah rakan sejawat yang mengeluarkan kenyataan melulu terhadap negara bersenjata nuklear tanpa mempunyai keupayaan seumpamanya,” katanya. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 09:38 AM | Show all posts
harap tv samsung tak terkesan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ukraine dgn russia.. yang mane satu tembak mh17 dulu? Ukraine kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 03:42 PM | Show all posts
apa nak jadi dunia sekarang. asyik nak perang. PBB plk macam xde function langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Isninselasarabu replied at 24-10-2024 02:25 PM
Ukraine dgn russia.. yang mane satu tembak mh17 dulu? Ukraine kan?

Russian punya BUK missile.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 03:54 PM | Show all posts
South Korea bekal senjata kepada Ukranie, boleh. Bila Korea Utara sumbang tenaga, tak boleh.

biar je lah Korea Utara tu, nanti ramai mati, tinggal sikit tentera dia...kan ....kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2024 05:34 PM | Show all posts
korea sesama korea bergaduh, us tepuk tangan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 05:40 PM | Show all posts
lipans replied at 24-10-2024 05:34 PM
korea sesama korea bergaduh, us tepuk tangan.

takde nye sesama derang, US akan angkut nato utk protect korea selatan, manakala russia dan china akan support korea utara, bakalan ke ww3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
perang proxy lagi lah. dok berjiran tanak perang, pi perang kat tempat org
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
I team russia
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 24-10-2024 06:45 PM

Mujurlah Malaysia mh17 terpaksa pusing mh370 pun terpaksa pusing mengelak perang sanggup tokmoh hisamudin acah2
Kuasa besar guna negara lain sbg lokasi perang
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
perang.. tapi negara sendiri tak berusik
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu bangsa yg sama pun nak berperang
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk sebelah2 gaduh mcm budak kecik. Ni pakat2 nak pegi negara org lak nak bergasak isk isk isk
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 24-10-2024 07:54 AM
South Korea bekal senjata kepada Ukranie, boleh. Bila Korea Utara sumbang tenaga, tak boleh.

biar j ...

Cuba imagine english yg Russia & korea utara
Sembang mcm mana . Grammar , vocubulary , singular.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059187 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list