CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5451|Reply: 0

[Perlis] Kerap isi petrol subsidi, rupanya ada tangki sendiri

[Copy link]
Post time 24-10-2024 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Kerap isi petrol subsidi, rupanya ada tangki sendiri

Oleh Aizat Sharif - Oktober 24, 2024 @ 2:18pm [email protected]



Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Perlis, Farah Adlina Ropaie menunjukkan ruang tangki tambahan dam but kereta suspek yang diubah suai untuk mengisi petrol, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. - NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR





KANGAR: Kekerapan seorang lelaki singgah di beberapa stesen minyak mengisi petrol pada kereta dinaiki menimbulkan kesangsian dalam kalangan pengusaha stesen minyak di negeri itu.

Malah, tindakan lelaki itu membuatkan mereka mengesyaki petrol bersubsidi yang diisi cuba diseludup ke negara jiran.

Jaringan pengusaha stesen minyak di negeri itu bersama penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis akhirnya menahan lelaki tempatan berusia 29 tahun itu, semalam.

Pihak berkuasa turut merampas 300 liter petrol subsidi dalam tangki tambahan hasil ubah suai kereta suspek.

Pengarah KPDN Perlis, Hasbullah Abd Rashid, berkata serbuan dilakukan jam 8 malam selepas risikan dua minggu terhadap kereta dipandu suspek.

"Kita mendapat maklumat daripada pengusaha stesen minyak sendiri berhubung keberadaan dan kekerapan suspek mengisi minyak.

"Lelaki itu menyasarkan purata lima hingga enam stesen minyak sehari untuk mengisi petrol RON95 di sekitar Kangar dan Beseri.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui tangki tambahan yang diubah suai di but kereta dan tempat duduk penumpang belakang.

"Ia memberi risiko berlaku letupan dan kebakaran kepada mereka yang duduk di bahagian itu.

"Sejumlah 300 liter petrol RON95 ditemukan dalam tangki tambahan yang mempunyai hos diubah suai untuk menyalurkan petrol berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati secara purata suspek akan mengisi petrol RON95 di lima hingga enam stesen minyak di sekitar Perlis.

"Suspek dikesan mengisi petrol berulang kali, dipercayai untuk dijual ke negara jiran," katanya sambil menambah suspek dibawa ke Pejabat KPDN Perlis untuk diambil keterangan membantu siasatan.

"Nilai rampasan termasuk kereta dianggar RM8,930 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu dan denda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berulang," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1315361/kerap-isi-petrol-subsidi-rupanya-ada-tangki-sendiri





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.211062 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list