CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10523|Reply: 4

Pantai Timur terlalu jauh untuk terima tempias taufan Trami - Penyelidik Meteorologi

[Copy link]
Post time 24-10-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode





KUALA TERENGGANU – Taufan Trami yang kini sedang melanda Filipina tidak mungkin boleh mencetuskan ribut di daerah Dungun, Kemaman serta Kuantan, Lepar dan Pekan, Pahang seperti ditularkan di media sosial.


Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, negara diramal tidak akan menerima tempias secara langsung taufan Trami ekoran kedudukannya yang agak jauh.


“Berdasarkan laporan Agensi Meteorologi Jepun, taufan Trami agak jauh dengan kawasan kita.


“Taufan itu juga dijangka mendarat ke Vietnam selepas melanda Filipina,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Terdahulu tular dakwaan di media sosial kononnya kawasan dari Paka, Dungun hingga Pekan berisiko dilanda ribut bermula pukul 2 petang esok.


Dakwaan itu menggempar dan mencetus kebimbangan netizen terutama penduduk setempat sehingga mendapat teguran Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman.


Begitupun, Jing Xiang tidak menolak kemungkinan taufan terbabit boleh meningkatkan potensi hujan terutama di wilayah Pantai Timur.


Jelas beliau, ia disebabkan fenomena taufan yang bertekanan rendah berpotensi menyedut kelembapan-kelembapan atmosfera kepadanya.


“Hujan berpotensi berlaku sekiranya kelembapan-kelembapan ini melalui kawasan atmosfera (negara) kita.


“Apapun sebenarnya kejadian hujan pada waktu petang dan malam di Pantai Timur ketika adalah normal memandangkan kita sedang berada pada tempoh peralihan monsun,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 08:19 PM | Show all posts
get ready je la hujung tahun gini, memang musim banjir

sediakan payung sebelum hujan, sediakan bot sebelum banjir

viva tu tukar hilux, boleh jadi abam hilux bawak bot pulak lepas ni. haa gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tadi iols tengok kat metmalaysia belah2 kerian dan kuala kangsar sinun dilanda cuaca panas tahap berjaga2. Ada setengah tempat lain pulak sampai hujan berturut2. Aiols kat perlis sini pun terasa macam dok musim kemarau pun ada, dengan panas terik dan berangin kuat. Abeh daun2 gugur padahal baru jek pagi tadi menyapu2 depan umah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus juga klau kecoh kat socmed walau gempak je lebih..at least org ramai akan cakna akan risiko yang mungkin berlaku so boleh la prepare apa yg patut
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan ni and next month ofis aku kosong mostly going for autumn holiday... berturut2 take turn amek long holiday
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.053573 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list