CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6892|Reply: 5

[Tempatan] Najib minta maaf bukan kerana mahu terlepas - peguam

[Copy link]
Post time 30-10-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 30-10-2024 01:05 PM

Malaysiakini.com
Diterbitkan:  Oct 30, 2024 12:38 PM



Permohonan maaf bekas perdana menteri Najib Razak dalam skandal 1MDB bukan dibuat supaya keputusan mahkamah memihak kepadannya, kata peguamnya  Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee berkata ungkapan penyesalan tidak akan mempengaruhi pembelaan kerana ia bukan pengakuan bersalah.

Mendedahkan Najib kecewa dengan keputusan hari ini, Shafee berkata pasukan pembelaan akan memanggil 11 orang saksi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Najib membela diri terhadap empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB sebanyak  RM2.27 billion.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Najib yang juga bekas menteri kewangan.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 10:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2024 10:40 AM | Show all posts
Edited by Abahmung at 30-10-2024 01:10 PM

Kes 1MDB: Penyokong Bossku mula berkumpul di perkarangan mahkamah
Oleh Nor Azizah Mokhtar
Oktober 30, 2024 @ 8:22am
[email protected]



Antara penyokong yang hadir bagi memberikan sokongan kepada Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah akan memutuskan sama ada Najib dibebas atau diperintah bela diri atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali



KUALA LUMPUR: Lebih 200 penyokong Datuk Seri Najib Razak mulai berhimpun di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini seawal jam 7.30 pagi.

Kehadiran mereka sebagai memberi sokongan moral kepada bekas perdana menteri itu yang akan berhadapan keputusan sama ada perlu membela diri atau dibebaskan daripada 25 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada masa ini, penyokong Najib berkumpul di luar pintu pagar kawasan kompleks mahkamah.

Selain berkumpul, mereka turut melaungkan kata-kata 'Bebaskan Najib', 'Bebaskan Bosku'.

Sebahagian penyokong yang hadir bagi memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali


Dalam pada itu, seramai kira-kira 50 pengamal media sudah berada di kompleks mahkamah untuk membuat liputan prosiding membabitkan Najib pada hari ini yang dijadualkan akan bermula pada jam 9 pagi.

Kehadiran penyokong Najib dan pengamal media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dijangka bertambah menjelang jam 9 pagi nanti namun pada masa ini keadaan adalah terkawal.




Selepas perbicaraan mengambil masa selama enam tahun setengah, Mahkamah Tinggi di sini, hari ini akan memutuskan sama ada Najib perlu membela diri atau dibebaskan daripada 25 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1MDB.

Najib yang juga bekas menteri kewangan didakwa dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.



Sebahagian penyokong yang hadir bagi memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali





1MDB: Penyokong hampa, Najib tiba mahkamah ikut jalan lain

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Oktober 30, 2024 @ 9:06am
[email protected]


Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah akan memutuskan sama ada Najib dibebas atau diperintah bela diri atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.35 pagi tadi.

Beliau dilihat menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 dengan diiringi beberapa kenderaan Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta


Sementara itu, ratusan penyokong yang menunggu ketibaan Najib sejak jam 7.30 pagi di hadapan pintu pagar kompleks mahkamah hampa apabila bekas Ahli Parlimen Pekan itu dikhabarkan sudah pun tiba di mahkamah tanpa menggunakan laluan utama.

Terdahulu, lebih 200 penyokong Najib setia menunggu di hadapan pintu masuk perkarangan mahkamah bagi menunggu ketibaan bekas Perdana Menteri.



Najib diiringi kenderaan penjara tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 8.35 pagi. - Foto Nor Azizah Mokhtar

Selain melaungkan kata-kata 'Bebaskan Najib', mereka turut merentangkan kain rentang 'Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Razak', 'Kami Menuntut Keadilan Untuk Bosku' serta memakai lencana dengan gambar Najib bersama kata-kata 'Kekal Menunggu Kepulangan Najib Razak'.

Dalam pada itu, turut dilihat hadir memberi sokongan hari ini adalah dua anak Najib, Nooryana Najwa dan Datuk Mohamad Nizar serta Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.



Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 11:34 AM | Show all posts
Dumb and Dumber
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Wat penat jer...as expected,ujung2 kena bela diri jugok




Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita putar dulu Halimmmm!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.040941 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list