CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19334|Reply: 5

"Suami kena selalu pujuk isteri. Lelaki jangan anggap kita pujuk isteri kita itu, kita kalah" - Yusof Haslam

[Copy link]
Post time 30-10-2024 12:22 PM | Show all posts |Read mode





Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam yang meraikan ulang tahun perkahwinan ke-41 baru-baru ini memaklumkan dirinya bukanlah sempurna.


Yusof mengakui banyak berdepan gelombang dalam tempoh perkahwinannya dan mampu bertahan sehingga sekarang.


"Semalam ketika di Perlis, saya baca berkenaan Diana Danielle nak bercerai. Saya pun terperanjat.


"Saya sebenarnya bila dengar cerita sebelum ini mereka rujuk balik, saya dan datin (isteri) gembira. Datin kata, tengok, mereka boleh rujuk balik Begitulah kita nak pasal suami dia rajin pujuk macam you.


"Tapi saya sedih juga tengok. Kita tak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga dia. Kita hanya pandang secara rambang. Jadi dalam hal ini bagi saya rumah tangga ini perlukan kesabaran tolak ansur, pujuk memujuk itu penting bagi saya," katanya ditemui pada Malam Gala filem Don Dukun di Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall, malam tadi.


Yusof yang terkejut dengan sindrom perceraian dalam kalangan selebriti tanah air berkata, sebagai lelaki, janganlah menganggap memujuk itu sebagai mereka kalah.


"Tidak. Lelaki jangan anggap kita pujuk isteri kita itu, kita kalah. Silap, bagi saya. Saya bukan kata saya sempurna. Rumah tangga saya bertahan kerana sifat saya yang memujuk dan saya nak pertahankan rumah tangga.


"Kalau saya kahwin cerai, kahwin cerai saya rasa tiada kesudahan. Ini petua saya dan petua ini datang daripada ibu saya sendiri. Katanya, kamu jaga rumah tangga, ambil hati isteri kamu.


"Kalau isteri kamu merajuk pujuk macam ayah kamu. Arwah bapa saya kaki pujuk. Kalau dia bergaduh dengan emak saya, dia cepat pujuk. Itu yang saya amalkan. Alhamdulillah rumah tangga saya pun dah 41 tahun," katanya.


Menurutnya, krisis dalam rumah tangga adalah perkara biasa dan tiada rumah tangga yang sentiasa tenang.


"Mesti kamu bertekak, bergaduh sebagainya. Jadi suami sebagai ketua rumah tangga kena mainkan peranan, tapi isteri juga kena mainkan peranan. Bukan suami saja.


"Orang kata bertolak ansur tak boleh sebelah pihak saja. Tapi ia harus dimulakan oleh pihak suami. Selalunya yang merajuk wanita. Jadi bagi saya biarlah kita mainkan peranan yang baik.


"Kita ada pujuk-memujuk dan jangan anggap kita sempurna, manakala sebelah sana (isteri) tak sempurna. Kalau fikir begitu sampai bila pun tak selesai rumah tangga," katanya.


Dia menyeru setiap pasangan yang berkahwin agar bertolak ansur dan tidak boleh mementingkan diri sendiri.


"Kalau ada masalah, kesusahan dalam kehidupan tak kira siapa, untuk anak-anak saya sekali, cari jalan terbaik jalan perdamaian. Buang ego. Kalau kita masih tetap ego takkan selesai. Jadi kita takkan mencapai kebahagiaan.


"41 tahun kahwin banyak juga gelombang yang saya lalui. Isteri merajuk sebagai suami saya mainkan peranan, alhamdulillah datin pun senang dipujuk. Perempuan juga kena lembutkan hati bila suami pujuk.


"Kadangkala perempuan tak mengaku salah walaupun dia salah. Lelaki pun sama juga. Jadi kena ada tolak ansur. Susah dan senang bersama. Saya pujuk dengan kata-kata. Saya tak reti nak main bagi bunga, hadiah kecuali hari jadi," katanya


Yusof berkata, kadangkala dia tidak membeli apa-apa hadiah untuk isterinya dan lebih menjurus kepada kata-kata dan perbuatan yang lebih bermakna berbanding bunga.


Yusof turut menolak tanggapan perceraian dalam kalangan artis adalah sesuatu yang normal pada pandangan masyarakat.


"Bagi saya tak normal. Bukan artis saja, di luar sana boleh dikatakan hampir setiap hari ada kes cerai. Tapi orang cakap sebab selebriti. Tapi mengejutkan saya juga bila tahun ini berturut-turut (artis bercerai).


"Itu saya tak tahu apa jawapannya. Hanya Allah yang tahu," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan Yusof berlakon sebagai dukun bernama Pak Samad menerusi filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC yang akan ditayangkan bermula esok.




Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 01:46 PM | Show all posts
Fuhh tips orang2 lama
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 01:55 PM | Show all posts
Tok Sop ni merembes betul dlm filem Mekanik dan Wira Angkasa.. uwiittt

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 30-10-2024 01:55 PM
Tok Sop ni merembes betul dlm filem Mekanik dan Wira Angkasa.. uwiittt

Melati Putih juga


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong lah rambut dan misai tu! Tak payah dye hitam. Dah jadi rupa pelik nengok. Rambut serupa palsu. Misai macam kena gam UHU...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo Dd kembali single suruh samdol masuk meminang la. Tok selam & tinpat pon sayang DD mcm anak sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 28732 Replies : 19
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 27978 Replies : 35
Miss Universe 2025 - Miss Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2025 - Miss Thailand
Views : 3703 Replies : 64
Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau
VellfireRumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau
Views : 252 Replies : 155
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 28674 Replies : 20
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5679 Replies : 3496
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 202 Replies : 223
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191848 Replies : 3953
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38778 Replies : 669
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 323989 Replies : 3291

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059710 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list