CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 38168|Reply: 1

Setiausaha Agung PBB utus surat kepada Netanyahu

[Copy link]
Post time 30-10-2024 10:56 PM | Show all posts |Read mode





NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, semalam menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bagi membantah undang-undang baharu yang boleh merencatkan Agensi Bantuan dan Kerja PBB Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).


Peraturan diluluskan Parlimen Israel itu dijadualkan mula berkuat kuasa dalam tempoh tiga bulan, dengan antara lain bakal melarang agensi PBB terbabit beroperasi di Israel dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki.


Ia juga menghalang UNRWA daripada berkomunikasi dan berkoordinasi dengan pihak berkuasa Israel, yang secara dasar boleh menamatkan peranan agensi itu di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.


Israel telah sekian lama tidak sependapat dengan UNRWA, malah menuduh beberapa kakitangan agensi itu terbabit dalam serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.


Dalam surat diutuskan yang dilihat oleh AFP, Guterres berkata, undang-undang itu boleh memberi 'kesan dahsyat' terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.


Beliau menekankan, ia kerana tiada alternatif yang munasabah kepada UNRWA untuk memberi bantuan dan sokongan yang amat diperlukan penduduk terbabit.


"Saya merayu kepada anda dan kerajaan Israel supaya mencegah kesan dahsyat sedemikian, serta membenarkan UNRWA meneruskan aktiviti di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, selaras tanggungjawabnya bawah undang-undang antarabangsa," tulis Guterres.


UNRWA ditubuhkan pada 1949 oleh Perhimpunan Agung PBB selepas perang pertama Arab-Israel, tidak lama setelah pewujudan Israel pada Mei 1948 yang diikuti kehilangan tempat tinggal rakyat Palestin secara besar-besaran.


Guterres menegaskan bahawa bawah undang-undang antarabangsa, pihak kuasa pendudukan mesti melaksanakan mekanisme untuk membantu rakyat yang tinggal di wilayah diduduki itu.


"Israel sebagai kuasa pendudukan, terus dikehendaki memastikan keperluan penduduk dipenuhi.


"Sekiranya Israel tidak berada dalam kedudukan bagi memenuhi keperluan sedemikian, ia mempunyai obligasi untuk membenar serta memudahkan aktiviti PBB termasuk UNRWA, dan agensi kemanusiaan lain, sehingga keperluan pelarian Palestin di wilayah Palestin yang diduduki itu dipenuhi," tulisnya lagi. - AFP




Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2024 08:56 AM | Show all posts
SAndiwara keling je ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
svbdjeks.h.skv@THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Views : 0 Replies : 0
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23477 Replies : 1244
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 3197 Replies : 1930
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 491 Replies : 23
Ned ex Nora,  sindir siapa tu?  Nora tak ambil menyedari kewujudan hantaran Ned? update dari link thread
mrsLuckyNed ex Nora, sindir siapa tu? Nora tak
Views : 21809 Replies : 314
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 422 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319960 Replies : 3250
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 1443 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 37163 Replies : 606
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2425 Replies : 153

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042128 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list