View: 46914|Reply: 8
|
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului senarai penerima darjah kepahlawanan, pingat keberanian daripada Agong
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo dan Ketua Polis Filipina, Rommel Francisco D Marbil.
Pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat, termasuk empat pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian (DKPP) Tahun 2024 yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, di sini.
Seri Paduka turut mengurniakan PGPP kepada empat pegawai kanan PDRM, iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin; Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, Datuk Samsudin Basir; Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Ahmad Ramdzan Daud dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar dan Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari.
Turut berangkat pada istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Pada istiadat itu, Seri Paduka juga mengurniakan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis kepada lapan penerima, Pahlawan Pasukan Polis (18 penerima), Kesatria Pasukan Polis (10 penerima) dan Bentara Pasukan Polis (58 penerima).
Penganugerahan DKPP diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan dalam perkhidmatan PDRM.
Hadir sama pada istiadat itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mcm korea utara
uniform penuh dgn pingat |
|
|
|
|
|
|
|
Apa katak Youtuber2 Indon yang busuk dan Koko RI dan Aminah Jawa (tren publika) kebanggaan @nusaraya |
|
|
|
|
|
|
|
KP Indon tu ada kena mengena dgn Presiden ke? |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 1-11-2024 09:03 AM
Apa katak Youtuber2 Indon yang busuk dan Koko RI dan Aminah Jawa (tren publika) kebanggaan @nusaraya
"polisi2 di Malaydesh/Banglasia PASTI IRI"-Bapak Nusaraya |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 1-11-2024 02:54 PM
"polisi2 di Malaydesh/Banglasia PASTI IRI"-Bapak Nusaraya
Mane bise Aminah Jawa iiri kalau Bapak Polisi paling super yang sembah ratu.
Koko RI iri, Koko RI iri |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Brp kali anugerah2 ni dlm setahun. Mcm bnyk je hari anugerah pingat ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|