CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11533|Reply: 0

[Kedah] Syarikat kendali Taman Eko Rimba Sungai Sedim dinasihat tutup operasi sementara

[Copy link]
Post time 4-11-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat kendali Taman Eko Rimba Sungai Sedim dinasihat tutup operasi sementara

Noorazura Abdul Rahman[email protected]






Alor Setar: Jabatan Perhutanan Kedah (JPNK) menasihatkan syarikat komersial yang mengendalikan Taman Rimba Eko Sungai Sedim di Kulim menutup operasi buat sementara berikutan kes wanita lemas akibat kejadian kepala air, kelmarin.

Pengarah Perhutanan Kedah Muhamad Abdullah berkata, pihaknya tidak dapat mengeluarkan arahan penutupan kerana ia di bawah keputusan syarikat komersial yang menguruskan operasi di kawasan itu.

"Kita nasihatkan supaya pihak terbabit dapat menutup sementara kawasan yang berisiko kerana bimbang berlaku kejadian kepala air sekiranya hujan di hulu.

"Bagi kes wanita yang lemas kelmarin, saya difahamkan mangsa mandi di kawasan tidak sepatutnya dan kemungkinan dia tidak sedar tanda akan berlaku kepala air," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhamad berkata, JPNK menutup sementara semua Taman Eko-Rimba di negeri ini, berikutan faktor cuaca tidak menentu ketika ini.

Katanya, penutupan itu dilaksanakan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan wanita yang dihanyutkan arus deras akibat kepala air di Sungai Sedim ditemukan lemas.

Mangsa ditemukan orang awam bersama anggota bomba ketika operasi pencarian di sepanjang tebing sungai itu pada 5.50 petang.



Disiarkan pada: November 4, 2024 @ 2:32pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1151283/syarikat-kendali-taman-eko-rimba-sungai-sedim-dinasihat-tutup-operasi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.033155 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list