CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8792|Reply: 0

[Perlis] Anggota, pegawai bomba terbabit kumpulan militan, kongsi gelap sudah dibuang kerja

[Copy link]
Post time 4-11-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Anggota, pegawai bomba terbabit kumpulan militan, kongsi gelap sudah dibuang kerja

Aizat Sharif[email protected]




NOR Hisham (kanan) beramah mesra dengan sebahagian pegawai selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Tahun 2024 JBPM di Kangar. FOTO Luqman Hakim Zubir.




Kangar: Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang disabitkan dengan kesalahan kongsi gelap atau gangsterisme boleh dibuang kerja, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad.

Katanya, ia sebagai mengangkat integriti pegawai dan anggotanya ke arah lebih tinggi selain mencegah amalan salah laku dalam perkhidmatan.

Menurutnya, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, terdapat anggota bomba yang dikesan terbabit dengan kumpulan kongsi gelap termasuk menyertai kumpulan militan pengganas Jemaah Islamiyah (JI).

"Statistik aduan yang direkodkan di Unit Integriti JBPM menunjukkan 81 kes aduan integriti direkodkan sehingga bulan lalu yang mana berlaku peningkatan hanya satu kes sahaja berbanding 80 kes bagi tahun dalam tempoh tahun lalu.

"Bagi aspek pengurusan tatatertib pula, dari 2018 sehingga bulan lalu, seramai 74 pegawai bomba dibuang kerja bagi kesalahan tatatertib.

"Ia merangkumi 35 terbabit kes dadah, 33 pula tidak hadir atau ponteng bertugas, empat lagi terbabit dengan sabitan penyertaan sebagai anggota kongsi gelap termasuk menyertai kumpulan militan JI dan masing-masing seorang dibuang kerja kerana rasuah dan jenayah seksual," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Tahun 2024 JBPM di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Unit Integriti JBPM, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syed Azman Syed Ghazali dan Pengarah JBPM Negeri Perlis, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma'at.

Katanya, kebanyakan yang dibuang daripada perkhidmatan itu sudah pun menjalani proses perbicaraan di mahkamah dan sudah dibuktikan bersalah.

"Memang kita terkejut apabila ada anggota kita bukan saja terbabit dalam kumpulan kongsi gelap atau gangsterisme, malah kumpulan militan... maka terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan dalam memastikan integriti jabatan terus terpelihara.

"Hal ini adalah satu petunjuk positif keberkesanan kesedaran atau 'awareness' dan sistem eAduan Integriti yang dibangunkan dalam meningkatkan kepercayaan pengadu dan isu integriti di peringkat bawah agar dapat disalurkan terus ke atas tanpa sebarang prejudis," katanya.



Disiarkan pada: November 4, 2024 @ 4:59pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1151341/anggota-pegawai-bomba-terbabit-kumpulan-militan-kongsi-gelap-sudah-dibuang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040059 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list