CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8179|Reply: 0

[Kedah] Video lelaki disyaki curi kabel tular, polis kesan dua lagi suspek

[Copy link]
Post time 4-11-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Video lelaki disyaki curi kabel tular, polis kesan dua lagi suspek

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
04 November 2024 04:52pm




Tangkap layar gambar dan video tular memaparkan tiga lelaki berpakaian gelap sedang memunggah barangan sebelum memasukkan ke dalam kenderaan.




SUNGAI PETANI - Satu video yang memaparkan tindakan tiga lelaki disyaki sedang mencuri kabel tular di media sosial menyebabkan suspek dikesan pihak polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail mengesahkan, salah seorang daripada suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, tangkapan dibuat sejurus maklumat diperolehi daripada rakaman gambar dan video yang tular.

"Polis baharu sahaja tangkap seorang suspek, sekitar Sungai Petani...termasuk rampasan barang kes serta sebuah kereta.

"Tangkapan dibuat berdasarkan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan. Kita sedang mencari dua lagi suspek,"katanya.

Sebelum ini tular di media sosial, video berdurasi 23 saat serta gambar yang memaparkan tentang tiga lelaki berpakaian gelap sedang memunggah barangan ke dalam but kenderaan.

Video dan gambar berkenaan turut dimuat naik bersama keterangan gambar berbunyi "Katanya geng ni curi kabel sekitar jam 8 pagi di tengah pekan Sungai Petani (depan bangunan UMNO)".

Ia bagaimanapun telah dikongsi di beberapa platform media sosial menyebabkan tular hanya selepas beberapa jam dimuat naik.

https://www.sinarharian.com.my/article/694655/berita/semasa/video-lelaki-disyaki-curi-kabel-tular-polis-kesan-dua-lagi-suspek


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.177653 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list