CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8074|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kedai alatan binaan, elektronik musnah rumah kedai terbakar

[Copy link]
Post time 4-11-2024 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Kedai alatan binaan, elektronik musnah rumah kedai terbakar

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
04 November 2024 05:46pm





Tingkat tiga rumah kedai di Simpang Ampat musnah dalam kejadian kebakaran pagi Isnin.




NIBONG TEBAL - Tingkat tiga sebuah rumah kedai di Simpang Ampat, Batu Kawan di sini musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Noor Asfariza Mohamad Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.39 pagi.


Menurutnya, kejadian melibatkan rumah kedai tiga tingkat di Jalan Perniagaan Vorteks 5, Pusat Perniagaan Vorteks.


"Kebakaran melibatkan kedai alatan binaan dan elektronik yang berlaku di tingkat 3 di sebuah bangunan kedai tiga tingkat (kelas A) dengan anggaran keluasan 30 x 30 kaki persegi.

"Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah sebanyak 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun Noor Asfariza berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya dan kita seterusnya melakukan kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan tiada unsur bahaya lain.

"Operasi tamat sepenuhnya dan menyerahkan lokasi kepada pihak Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi.


Tambah beliau, seramai 13 anggota termasuk penyelia terlibat dalam operasi tersebut dan turut mendapatkan bantuan daripada BBP Sungai Bakap.

https://www.sinarharian.com.my/article/694673/berita/semasa/kedai-alatan-binaan-elektronik-musnah-rumah-kedai-terbakar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.162217 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list