CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34738|Reply: 0

[Kedah] Asrama pekerja warga asing musnah terbakar

[Copy link]
Post time 5-11-2024 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Asrama pekerja warga asing musnah terbakar

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




TINGKAT tiga rumah kedai di Taman Bandar Baru yang dijadikan asrama pekerja warga asing musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan JBPM


Sungai Petani: Tingkat tiga rumah kedai yang dijadikan asrama pekerja asing di Taman Bandar Baru, di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.38 pagi.

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota dari BBP Sungai Petani diketuai Muhammad Rahimi Abu Hassan dikejarkan ke lokasi dengan bantuan BBP Aman Jaya serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani dan Bedong.

"Setibanya di lokasi didapati tingkat tiga bangunan itu terbakar dan api berjaya dikawal pada 9.51 pagi.

"Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 90 peratus membabitkan 19 katil dua tingkat serta kelengkapan peribadi pekerja warga asing terbabit," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana semua pekerja asing terbabit tiada di lokasi.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.



Disiarkan pada: November 5, 2024 @ 12:54pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1151583/asrama-pekerja-warga-asing-musnah-terbakar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.871752 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list