CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35052|Reply: 0

[Kedah] 'Harap urat keting disambung, dapat berjalan semula'

[Copy link]
Post time 5-11-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode
'Harap urat keting disambung, dapat berjalan semula'

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




KAMARUL Azman (kiri) ketika menyerahkan bantuan kerusi roda dan makanan kepada Mashitah. FOTO Ihsan Kamarul Azman Khamis


Kuala Nerang: Seorang wanita yang mengambil upah membersihkan rumah, hilang pendapatan selepas urat keting kaki kirinya putus akibat kemalangan awal bulan lalu.

Mashitah Abdullah, 55, berkata, selepas kejadian itu, dia tidak dapat berjalan dan hanya menggunakan tongkat untuk berjalan di dalam rumah.

"Saya tak mampu pergi bekerja, sebelum ini saya kerja pembantu rumah dengan pendapatan kira-kira RM700 sebulan, selalunya saya keluar bekerja kira-kira 8 pagi dan habis kerja antara 1 tengah hari hingga 2 petang.

"Dengan wang itu saya dapat tampung perbelanjaan keluarga. Suami saya (Mohd Bardurdin Omar, 59) bekerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dengan pendapatan tidak sampai RM1,000 sebulan.

"Anak bongsu pula masih belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), saya buntu fikir keadaan kewangan keluarga memandangkan suami saya akan tamat tugas tahun depan," katanya yang tinggal di Kampung Pauh, Pedu di sini.

Ibu kepada empat orang anak ini berkata, dia dijangka akan berjumpa dengan doktor pakar bulan depan bagi rawatan lanjut kakinya.

Katanya, anak sulungnya hanya bekerja sebagai penghantar barang dan anak ketiganya mengambil upah kerja kampung, manakala anak keduanya hanya suri rumah.

"Mereka semua sudah berkeluarga dan mempunyai anak, saya tak mahu terlalu menyusahkan mereka, harap urat keting saya dapat disambung semula dan saya dapat berjalan semula," katanya.

Nasib yang menimpa Mashitah mendapat perhatian Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Government (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Kamarul Azman Khamis yang menghulurkan bantuan.

Kamarul berkata, pihaknya menyerahkan kerusi roda, makanan asas dan wang tunai bagi meringankan beban Mashitah dan suami di rumahnya kelmarin.



Disiarkan pada: November 5, 2024 @ 12:13pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1151565/harap-urat-keting-disambung-dapat-berjalan-semula




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.105310 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list