CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27932|Reply: 0

[Kedah] Sunyi selepas kejadian banjir puing di Kampung Iboi

[Copy link]
Post time 5-11-2024 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Sunyi selepas kejadian banjir puing di Kampung Iboi

Safuri Kamarudin[email protected]




KAWASAN persisiran Sungai Kupang di Kampung Iboi, Kupang sunyi selepas tragedi banjir puing dua tahun lalu. FOTO Safuri Kamarudin


Baling: Suasana meriah di persisiran Sungai Kupang di Kampung Iboi, Kupang, di sini, yang pernah menjadi tumpuan ramai suatu masa dahulu kini bertukar sepi selepas kejadian banjir puing kira-kira dua tahun lalu.

Sebelum ini penduduk berpeluang mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan di lokasi perkelahan berkenaan, tetapi keadaan semakin sunyi apabila penduduk berpindah kerana penempatan mereka tidak selamat.

Berikutan itu, penduduk Kampung Iboi, Kampung Padang Empang dan kampung berdekatan yang dilanda banjir puing mahu kerajaan meneruskan pembangunan untuk penduduk di kawasan itu.

Penduduk, Azizan Aziz, 54, berkata kerajaan negeri perlu meneruskan pembangunan di kawasan itu kerana kehidupan mereka berubah dan berasa bimbang selepas tragedi pada 4 Julai 2022 berkenaan.

Menurutnya, selepas peristiwa itu, kawasan tebing Sungai Kupang yang dulu meriah dan ramai peniaga kini suram.

"Kawasan yang dilanda banjir puing bertukar sunyi sepi dan tidak meriah seperti dulu lagi. Kalau dulu ramai berniaga untuk menambah pendapatan dengan menjual secara kecil-kecilan, tetapi kini tinggal kenangan.

"Kekerapan hujan sekarang turut menyebabkan hakisan tebing serta struktur jambatan Bailey menjadi tidak kukuh, dan hanya boleh dilalui kenderaan kecil sahaja," katanya yang berniaga roti canai.

Penduduk lain, Abdul Malik Arshad, 60, berkata kebanyakan penduduk hidup dalam kebimbangan terutama jika hujan lebat yang boleh membawa kepada banjir.

"Keadaan kampung tidak tersusun lagi selepas kejadian itu," katanya.



Disiarkan pada: November 5, 2024 @ 4:09pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1151696/sunyi-selepas-kejadian-banjir-puing-di-kampung-iboi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.345065 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list