CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13364|Reply: 6

[Tempatan] Ringgit mungkin jatuh mendadak jika Donald Trump jadi Presiden AS.Anda bersedia?

[Copy link]
Post time 6-11-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pergerakan ringgit pada masa ini akan tertumpu kepada pilihan raya Presiden AS yang menemukan Donald Trump dan Kamala Harris
Ketua Ekonomi Allianz SE, Ludovic Subran, berkata dua calon berpengaruh itu mewakili pendekatan ekonomi dan politik berbeza, yang boleh mempengaruhi faktor seperti penilaian mata wang, termasuk pergerakan antara dolar AS dan ringgit disebabkan oleh perubahan dasar fiskal serta dasar luar AS.
Katanya, jika Trump menang pilihanraya Presiden AS, ia akan membolehkan dolar AS mengukuh dengan amat ketara, sekali gus akan melemahkan ringgit.
Sehubungan itu, katanya ringgit berkemungkinan akan menyusut sekitar lima hingga 10 peratus hujung tahun ini seandainya Trump menjadi Presiden.


"Seperti yang anda tahu, kadar pertukaran sangat tidak stabil. Jadi saya katakan, apa yang kita lihat ialah dolar AS lebih kuat di bawah Trump dan semua mata wang (akan) terjejas.
"Namun, jika Harris yang menjadi Presiden, ringgit akan susut dalam julat yang kecil sekitar dua hingga tiga peratus.


"Pengurangan dua hingga tiga peratus dalam ringgit di bawah Harris adalah sangat terkawal, dan ada potensi ringgit untuk kembali mengukuh dalam jangka masa pendek dan kemudian kekal stabil menjelang akhir 2025.
"Kebimbangan utama adalah di bawah Trump kerana ini akan membawa kepada penyusutan besar-besaran," katanya pada taklimat unjuran ekonomi 2024/2025 oleh Allianz SE di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd, Sean Wang.
Mata wang tempatan mengalami turun naik yang ketara sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dalam keadaan ketidakpastian mengenai pilihan raya Presiden AS yang akan diadakan pada awal bulan depan itu.
Penganalisis menjangkakan ringgit mungkin kekal rendah dalam tempoh terdekat, dengan pasaran menunggu kejelasan sehingga rakyat AS mengundi.
Sementara itu, Subran berkata inflasi keseluruhan Malaysia diunjurkan berada pada 2.9 peratus tahun depan berbanding 2.4 peratus pada 2024 disebabkan beberapa faktor inflasi utama seperti tenaga dan makanan yang masih kekal tinggi.
Beliau berkata, rancangan pemansuhan sebahagian subsidi terutamanya RON95 juga akan turut menyumbang kepada jangkaan itu, tetapi julatnya adalah rendah.
"Komponen utama yang menyebabkan inflasi Malaysia kekal tinggi adalah tenaga, pengangkutan dan makanan.
Dalam jumlah keseluruhan 2.9 peratus, mungkin 0.5 mata peratusan adalah daripada penarikan subsidi.
"Namun, ia biasanya akan lenyap dalam setahun, bergantung kepada cara ia dilakukan. Kesan daripada langkah rasionalisasi subsidi RON95 adalah rendah walaupun ramai yang menjangkakan ia akan memberikan impak besar kepada inflasi," katanya.
Mengulas lanjut, Subran berkata, Malaysia juga tidak mengalami inflasi perkhidmatan yang tinggi jika dibandingkan dengan ekonomi lain
Beliau berkata, terdapat sedikit inflasi sewa, tetapi perkara itu terkawal disebabkan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar faedah.
Katanya, sekitar dua pertiga daripadanya pula disebabkan oleh komponen tidak stabil lain, namun harga minyak antarabangsa tidak naik mendadak walaupun dengan konflik yang berlaku di Asia Barat.
"Menarik untuk melihat ketahanan relatif harga minyak, tetapi isu utama di sini adalah kesan kepada harga makanan, kerana ia masih sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah Malaysia dan juga pengangkutan kerana rakyat Malaysia memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan mereka untuk pengangkutan.
"Negara yang berkembang pada kadar empat peratus tidak boleh mempunyai inflasi satu peratus... Jika ia berlaku bermaksud terdapat masalah dalam sistem," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
aloo..nmpknya nk tukar duit siap2 la.. awal thn dpn ada nk kene travel oveesea
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Membongak la ko
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
TERNYATA..kejatuhan RM bukan berpunca drp SALAH FORMULA....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kannnnn... Reporter malaysia dahulu kuat palatao
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu rajin sungguh acik2 porem bukak thread pasal ringgit naik

Tu dulu la.. tak le lama sangat, sebulan yang lepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jatuh pon..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.924243 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list