View: 27941|Reply: 10
|
6 warga asing jadi along dicekup, beri pinjaman kepada warga asing
[Copy link]
|
|
Muar: Polis menumpaskan sindiket menawarkan pinjaman tanpa lesen atau along yang didalangi warga asing susulan penahanan enam lelaki di sekitar bandar ini, semalam.
Keenam-enam suspek berusia antara 26 hingga 40 tahun ditahan jam 4.30 petang kerana disyaki terbabit dengan kegiatan memberi pinjaman wang kepada warga asing.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kesemua mereka ditahan oleh anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Menurutnya, siasatan mendapati suspek menjadikan pekerja asing terutama warga Bangladesh sebagai sasaran untuk menawarkan pinjaman terbabit.
Bukan itu sahaja, malah Raiz Mukhliz berkata, suspek turut mengenakan kadar faedah tertentu serta menahan kad ATM peminjam sehingga pinjaman diluluskan.
"Hasil penahanan itu, polis merampas wang tunai RM176,250 selain telefon pelbagai jenama serta 187 kad ATM pelbagai bank.
"Kesemua suspek sudah direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
"Suspek boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya." katanya dalam kenyataan.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
lagi 10 tahun hancur malaysia kalau tak hantar balik pati2 ni makin besar kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar bukti jadi blurred. Culprit warganegara mana pun tak mentioned. Special sangat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik pdrm pantas cekap banteras kegiatan pendatang2 haram
Bila ustaz sopian buat kerje
Pandai pulak pendatang2 ni marah ada yg nk santet
|
|
|
|
|
|
|
|
X penat ka polis handle jenayah wargasing |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 8-11-2024 10:31 PM
X penat ka polis handle jenayah wargasing
polis tangkap...gomen 'panggil'...ulang...ulang...ulang...ulang...ulang...ulang................... |
|
|
|
|
|
|
|
always suport ustaz sopian
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by miss_white at 10-11-2024 11:27 AM
Fb ustaz sopian dh xde kan
Mcm mana nk follow
Bangla musibat lettew yg report kt FB
Dorg kan xsuka ustaz sopian
sb suka gempur kedai dorg
|
|
|
|
|
|
|
|
Alamak iols xde tiktok lah
|
|
|
|
|
|
|
|
dasar 'MSIA MESRA WARGA ASING'. .Tahniah |
|
|
|
|
|
|
| |
|