CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10699|Reply: 15

[Tempatan] Berita biasa:Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat.Anda tak terperangkap?

[Copy link]
Post time 12-11-2024 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Rabu.



Hujan berlarutan sejak beberapa jam mengakibatkan laluan ini dinaiki air sehingga menyebabkan gangguan kepada aliran trafik.

Antara laluan terlibat termasuk dua laluan utama di Selangor iaitu Kilometer 3.3 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Kuala Selangor mengalami kesesakan pada pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan memaklumkan banjir kilat dilaporkan berlaku sekitar Lebuhraya Damansara Puchong.

“Menerusi laporan dikeluarkan kira-kira jam 8.16 pagi, berlakunya banjir kilat di Kilometer 4.9 -Kikometer 5.0 arah Utara dari Bandar Utama ke Penchala.

“Laluan susur serta lorong tengah dan lorong kiri laluan utama terhalang mengakibatkan kesesakan trafik,” katanya

Selain itu, kesesakan turut berlaku di susur Lebuhraya Damansara-Puchong, SKVE menghala Kajang kira-kira setengah jam disebabkan kemalangan motosikal.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di laluan dari Aman Puteri menghala Kepong serta laluan sekitar Batu Caves mengakibatkan kesesakan hampir satu jam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 11:44 AM | Show all posts
lebat juga hujan pagi tadi. tapi sblm pl10 dah benti
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:50 AM | Show all posts
dh naik tu, brapa jam nk surut?

xda ke undang2 xyah pi keja klo ujan lebih sejam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila masa hujan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
"SHAH ALAM – Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Rabu"

rabu bila ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2024 03:01 PM | Show all posts
Radzor replied at 12-11-2024 11:53 AM
"SHAH ALAM – Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan su ...

rabu esok
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi kerabu ni yang diorang taruk nila tu kan?

Rice to Wednesday

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 03:22 PM | Show all posts
tak kena.. saya naik sampan pagi ni sbb ujan dr pukul 5.50am camtu
sapa2 nak tumpang sok calling2 la


Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terlibat LANGSUNG...


ALHAMDULILLAH
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
SHAH ALAM – Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Rabu.

kejadian bila neh??
pg tadi (selasa) ke esok akan datang (rabu)?



Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aryyan replied at 12-11-2024 11:50 AM
dh naik tu, brapa jam nk surut?

xda ke undang2 xyah pi keja klo ujan lebih sejam.

Ehhh dpt cuti mengejut pun orang bising, ko lagi xnk g kerja sb bnjr? Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahla penduduk shah alam yg terjejas
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 04:47 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 12-11-2024 04:15 PM
Ehhh dpt cuti mengejut pun orang bising, ko lagi xnk g kerja sb bnjr? Hahahaha

alasan nk WFH bos.
hahha. highrisk la keta nk redah air.
dhla bkn 4wd.

sobsob.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aryyan replied at 12-11-2024 04:47 PM
alasan nk WFH bos.
hahha. highrisk la keta nk redah air.
dhla bkn 4wd.

Hahaha...kalo jalan nak g kerja tertutup mgkn lah kan..tp kalo rumah ko kena banjir, xder mknanya nk kerjaaaaa...hahahah....aku pun trpksa amik unpaid leave
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Area kapar, bukit raja. Air dlm sungai sama tinggi dengan jalan at 5.30 pm just now, tapi tak all the way
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050462 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list