CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47022|Reply: 10

[Tempatan] [BREAKING NEWS] - Kerajaan failkan Petisyen Penggulungan Terhadap Quantum Metal Sdn Bhd

[Copy link]
Post time 14-11-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by honam at 14-11-2024 05:08 PM




Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memfailkan satu petisyen penggulungan terhadap Quantum Metal Sdn. Bhd. di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Tindakan ini dibuat di bawah Perkara 465(1)(e) Akta Syarikat 2016, dengan tujuan untuk menggulungkan syarikat tersebut atas alasan-alasan tertentu yang tidak dinyatakan secara terperinci.
Petisyen tersebut akan didengar pada 28 Januari 2025 jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Semua pemiutang atau penyumbang yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut diberi peluang untuk hadir dan menyuarakan pandangan mereka, sama ada untuk menyokong atau membantah permohonan penggulungan ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh LHDN, pihak-pihak yang berhasrat untuk terlibat dalam pendengaran tersebut dikehendaki memberikan notis bertulis kepada mahkamah sebelum atau pada 27 Januari 2025 jam 12.00 tengah hari. Segala dokumentasi yang diperlukan boleh diperoleh dari pejabat peguam yang mengendalikan kes ini, Umi Khairunnisa bt Mohd Soffian Lee, Penasihat Hasil dari LHDN.
Alamat LHDN yang menguruskan petisyen ini adalah di Cawangan Litigasi Lembah Klang, Tingkat 2, Blok 10, Kompleks Bangunan Kerajaan di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.
Quantu Metal sentiasa mencetuskan kontroversi. Tahun lalu BNM  tampil memberi penjelasan beberapa dakwaan salah yang tular termasuk dakwaan mengatakan aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM sebagai tidak benar.
QMSB hanyalah sebuah institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) kerana berurusan dengan logam atau batu berharga, iaitu aktiviti yang disenaraikan sebagai perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA.
Begitu juga Quantum Metal menerima teguran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)  mengarahkan Dato’ Lim Khong Soon @ Lim Hock Seng, Pengasas dan Pengarah Quantum Metal Exchange Inc (QMEI), untuk segera menghenti dan menamatkan penawaran saham QMEI kepada orang awam.
Arahan henti dan tamat tersebut dikeluarkan berikutan penemuan SC bahawa QMEI menawarkan sahamnya kepada masyarakat awam Malaysia, termasuk melalui laman web/platform Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) kepada ahli QMSB yang jelas melanggar Seksyen 212 (5) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007.
Kali ini Quantum Metal tidak membayar cukai LHDN pula.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gulung, gulung, gulung

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2024 01:14 PM | Show all posts
ramai yang dah dpt balik duit ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 17-11-2024 01:14 PM
ramai yang dah dpt balik duit ke

mana ada....pakat huhuhu je la.
tatau la kot jerung2 dpt blk juta2 derang
pengajaran la...tak serik2 org nak kaya dgn mudah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2024 09:27 AM | Show all posts
syamzana replied at 17-11-2024 02:13 PM
mana ada....pakat huhuhu je la.
tatau la kot jerung2 dpt blk juta2 derang
pengajaran la... ...

kesian nya lahai dekat org ramai yg dah tersontot
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnyaaa
Apa khabar jutawan semua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2024 11:31 AM | Show all posts
ahahahahah bodowwwww tak bertepian

pi la cari nini comot sama maknya

sheols lek2 je unboxing lv hesmes dior bagai.. kome putih mata
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:48 AM | Show all posts
tapi kan sepupu makcik dah kaya raya jasa melabur dlm QM
dapat beli tanah berbidang2, beli kereta, beli barang kemas.
Pastu dia buat status dlm FB "Dulu tiada siapa yang percaya alhamadulillah ......
Ada jgk lah keluarga terdekat yang melabur sama dlm QM ni.
Tapi makcik tak masuk tak berani lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 11:49 AM | Show all posts
kesian ler sapa yang melabur ratus ribu tuh... emas tak dapat duit pun lesap.

beli emas pastikan dapat emas fizikalnya. konsep nih kena pegang supaya tak tertipu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2024 02:37 PM | Show all posts
mana yg dah invest ratusan ribu memang kesian sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2024 02:37 PM | Show all posts
mana yg dah invest ratusan ribu memang kesian sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.144209 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list