Edited by honam at 14-11-2024 04:09 PM
Pelawak Shuib hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan tidak membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti bernilai RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), tahun lalu.
Memetik Kosmo, pengarah syarikat Bubblebee Sdn. Bhd iaitu Koh Choon Guan, turut didakwa didakwa atas pertuduhan sama.
Bagaimanapun, kesemuanya selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
Berdasarkan kesemua pertuduhan, mereka gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah keseluruhan RM1,191, 153.78 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM50, 000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.
Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42 kepada Ketua Pengarah Kastam. Kesalahan itu dilakukan di Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini antara 1 April tahun lalu hingga 1 Februari tahun ini. Semasa prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan setiap OKS diberi ikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan alasan cukai yang belum dibayar adalah tinggi berjumlah RM1.6 juta. Bagaimanapun, Muhammad Firdaus yang mewakili semua OKS berkata, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang kes itu disiasat selain tiada keadaan mendesak sehingga memerlukan mahkamah menetapkan ikat jamin.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rasyihah membenarkan Shuib dan Koh diberi ikat jamin RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Disember ini.
|