CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14222|Reply: 0

[Sabah] Tangkis taktik kotor pembangkang cuba jatuhkan kerajaan

[Copy link]
Post time 18-11-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Hajiji (empat kanan) menerima cendera kenangan daripada Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin.

KOTA KINABALU: Ahli-ahli dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu menangkis segala taktik kotor pembangakang yang cuba menjatuhkan Kerajaan GRSPH Plus.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pihak pembangkang kini cuba merosakkan imej kerajaan negeri dan kepimpinan parti dengan sebaran fitnah, pelbagai tuduhan dan pembohongan.

"Inilah cabaran semasa yang wajib kita perangi habis-habisan kerana ia boleh meracuni pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan dan kepimpinan parti, lebih-lebih lagi dalam era teknologi serba canggih sekarang, dimana media sosial dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) telah menguasai kehidupan seharian rakyat.

"Segala pembohongan dan fitnah yang ditabur di luar sana, bukan sahaja perlu disangkal bahkan wajar dipatahkan, agar rakyat tidak terus tertipu atau termakan hasutan, hasil perbuatan mereka-mereka yang ingin menjatuhkan kerajaan secara kotor dan tidak bermoral," katanya ketika merasmikan Persidangan dan Pemilihan Parti Liberal Demokratik (LDP) 2024, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata, LDP sebagai salah sebuah parti yang mendukung perjuangan GRS, dengan pengalaman serta kebijaksanaan yang dimiliki parti, beliau yakin LDP mampu memainkan peranan yang penting dalam membendung dan memerangi segala dakyah dan taktik kotor yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.

"Saya amat yakin dan percaya, bahawa LDP yang kini telah menjangkau usia 35 tahun ini, mampu menyumbang idea dan berkongsi pengalaman, ke arah memantapkan lagi kebersamaan dan kesatuan kita di dalam GRS.

"35 tahun adalah tempoh masa yang agak lama bagi sesebuah parti politik dan LDP harus berbangga kerana mampu bertahan sekian lama, meski pun pucuk pimpinan parti telah silih berganti," katanya.

Justeru itu katanya, LDP bukan sahaja parti yang versatile tetapi tetap relevan sehingga ke hari ini dengan pengaruhnya yang tersendiri.

Oleh itu katanya, peranan dan pengaruh LDP sangatlah diperlukan bagi memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan, kesatuan dan perpaduan dalam GRS.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041326 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list