CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13446|Reply: 0

[Kedah] Lelaki dicekup tak sampai 24 jam lepas samun bersenjata

[Copy link]
Post time 19-11-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki dicekup tak sampai 24 jam lepas samun bersenjata

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP




Sungai Petani: Tidak sampai 24 jam melakukan kegiatan samun bersenjata di daerah ini pada Ahad lalu, seorang lelaki ditahan polis di Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian samun bersenjata di kawasan perumahan Bandar Puteri Jaya, di sini, 12.36 tengah malam semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati, kejadian itu berlaku apabila seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang ketika itu berada di dalam bilik rumahnya terdengar bunyi besi bergesel di rumah tamu rumahnya itu, pada 10.30 malam.

"Mangsa kemudian keluar dari biliknya dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali berada di pintu ruang tamu rumahnya dan memintanya supaya diam.

"Suspek membawa sebilah pisau bersama sebatang besi panjang, dan kemudian meletakkan pisau di leher wanita itu supaya mangsa diam sambil membawanya ke dalam bilik tidur.

"Suspek kemudian menyelongkar almari untuk mencari wang dan mengambil seutas rantai tangan serta sebentuk cincin yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Azharuddin berkata, susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kemudian membuat hebahan berhubung kejadian itu ke daerah berhampiran.

Beliau berkata, pada 4 petang semalam, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara di Pulau Pinang menahan suspek, lelaki berusia 36 tahun, di Jalan Lunas, Kampung Tepi Sungai, Tasek Gelugor.

"Turut dirampas, seutas rantai tangan lebih kurang 21 sentimeter (sm) dan beratnya 66.7 gram.

"Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan samun bersenjatakan pisau di daerah Kuala Muda pada 17 November lalu, yang bersangkut dengan kes laporan polis Sungai Petani.

"Hasil semakan mendapati, suspek mempunyai 22 rekod jenayah, yang mana 12 daripadanya rekod lampau berkaitan jenayah, manakala 10 lagi rekod berkaitan dadah," katanya.

Wan Azharuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392/392 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: November 19, 2024 @ 8:08am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1156550/lelaki-dicekup-tak-sampai-24-jam-lepas-samun-bersenjata




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043956 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list