View: 7441|Reply: 13
|
[Tempatan]
“Saya tiba-tiba rasa seperti berada di China,” Tun M kiciwa terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di papan tanda sebuah kompleks beli-belah
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 19-11-2024 11:12 AM
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di sebuah kompleks beli-belah Kuala Lumpur, yang menurutnya memberi kesan kepada identiti kebangsaan.
Dalam kenyataan yang dikongsi di platform X, Dr Mahathir menceritakan pengalamannya ketika mengunjungi salah satu pusat beli-belah baharu di ibu negara pada hujung minggu.
Beliau memuji kompleks tersebut sebagai "fantastic dan lebih hebat daripada di London atau Tokyo.”
Namun, beliau menegaskan kehadiran ketara tulisan Cina di papan tanda, yang menurutnya mengatasi penggunaan Bahasa Kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu.
“Saya tiba-tiba rasa seperti berada di China,” ujarnya.
"Semua papan tanda menggunakan tulisan Cina dengan terjemahan Bahasa Inggeris. Tiada langsung dalam Bahasa Melayu. Langsung tiada.”
Dr Mahathir mempersoalkan sama ada keadaan ini mencerminkan penghakisan identiti kebangsaan Malaysia.
“Jadi, adakah ini Malaysia? Atau kita telah menjadi sebahagian daripada China?," soal beliau.
Walaupun mengakui amalan global yang menggunakan terjemahan bahasa Inggeris pada papan tanda demi kemudahan pelancong, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap saiz dan keutamaan tulisan Cina yang terlalu ketara.
Beliau turut merujuk dakwaan bahawa beberapa media Cina menyebut Malaysia sebagai “China Kecil” kerana penggunaan meluas tulisan Cina di ruang-ruang awam.
Mungkin ini kerana kita menerima ramai pelawat dari China,” tambah beliau.
Namun, walaupun terjemahan itu bermanfaat, ia tidak seharusnya mengatasi Bahasa Kebangsaan. “Bahasa Kebangsaan kita ialah Bahasa Melayu,” tegasnya. - Awani |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
shopping mall kat mana saka ni maksudkan?trx?shopping mall milik berjaya? |
|
|
|
|
|
|
|
lagi terkejut yg ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
bahasa kebangsaan kita bahasa melayu?tapi perkataan presint kat putrajaya tu melayu ke saka?idea sapa agknya tu?kenapa tak tegur |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tgk iklan job kosong lg la teruk, seolah2 kita bkn kat msia lg. Bnyk job yg syaratkan kena Tau mandarin. Hmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sunway Velocity tu iols rasa macam kat China walaupun iols belum pernah sampai China |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama rasa sebenarnya melayu minoriti kat Mesia ni. Aku pun pelik kat mana yang kata majoriti melayu. Kiri kanan depan belakang semua cong ceng cong ceng |
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya memikirkan zaman anak cucu nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk semua pemilik/premis/operator pusat beli-belah yang acah-acah internasional, contohilah wayfinding signage Ikea Mesia ni.
Malu la sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
tun pon mengeluh pasai bahasa kebangsaan dalam bahasa inggeris |
|
|
|
|
|
|
| |
|