CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8870|Reply: 0

[Sabah] Shell bantu lahirkan lebih banyak graduan berkebolehan dalam bidang kimpalan

[Copy link]
Post time 20-11-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode


CEMERLANG: Penerima Hadiah Pelajar Terbaik Charles (kiri) dan Christhian (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Yahaya (dua kiri) dan Wong (dua kanan).



KENANGAN: Wong meramkankan gambar kenangan bersama penerima sijil serta guru dan fasilitator.

KOTA KINABALU: Seramai 15 anak muda Sabah berjaya memperoleh sijil selepas berjaya menamatkan Projek Latihan Industri Kimpalan (LINK) iaitu program kimpalan yang diperakui Shell di Kolej Vokasional (KV) Likas dalam majlis graduasi yang diadakan di Hotel Hilton di sini.

Projek LINK hasil usaha kerjasama antara Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC) dan KV Likas dalam melahirkan lebih banyak graduan berkebolehan dalam bidang berkenaan.

Pengurus Besar SSPC Wong Kim Mun, berkata, SSPC menyumbang lebih RM570,000 kepada program ini sejak 2019 dan sejak dilaksanakan, Projek LINK berjaya melahirkan 77 graduan yang bukan sahaja bekerja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Graduan ini mahir sepenuhnya dalam kimpalan mengikut piawaian antarabangsa seperti ASME IX dan AWS, sehingga kerumitan tertinggi kedua-dua 6G dan 6GR.
“SSPC komited untuk melahirkan tenaga kerja mahir pengimpal yang berkelayakan dan kompeten untuk industri berat seperti minyak dan gas, perkapalan, pembinaan dan tenaga di Sabah melalui inisiatif ini,” katanya semasa ditemui dalam majlis terbabit.

Turut hadir, Pengarah yang baru dilantik di KV Likas Yahaya Ismail.

Wong berkata, beliau berbangga dengan kerjasama SSPC dengan institusi pendidikan tempatan seperti KV Likas, yang membolehkan usaha menyumbang ke arah peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi masyarakat tempatan di Sabah.

“Projek LINK Likas adalah contoh perkongsian sinergi antara sektor swasta dan awam, dengan menunjukkan komitmen kami ke arah menyokong aspirasi Kerajaan Sabah untuk pembangunan modal insan yang progresif dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Hadiah Pelajar Terbaik diberikan kepada Charles Dailis, 19, dan Christhian Einrieque Jr Rain, 23, selepas kedua-dua penerima menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan sepanjang tahun.

Penerima juga bekerja keras dan sentiasa bersedia untuk berusaha lebih untuk menyelesaikan kursus mereka, kini kedua-dua mereka sudah bekerja dalam industri Minyak dan Gas tempatan.

Sementara itu, Yahaya berkata, walaupun beliau baharu menyandang jawatan ini, beliau kagum dengan kualiti kemahiran yang diperolehi oleh pelajar Projek LINK.

“Kita akan meneruskan kerjasama dengan Sabah Shell dan berharap dapat melibatkan lebih ramai pelajar dalam Projek LINK khususnya untuk masa depan generasi muda di Sabah,” katanya.

Projek LINK bertujuan untuk membantu pelajar yang menghadapi kekangan kewangan dan akademik untuk meningkatkan kemahiran diri, sambil menangani permintaan untuk pekerja mahir dan terlatih dalam industri minyak dan gas.

Selain Sabah, Projek LINK juga dijalankan di Miri dan Bintulu, Sarawak. Shell Malaysia bekerjasama dengan kedua-dua KV Miri dan KV Bintulu bagi memberikan pendedahan dan kemahiran kepada golongan belia di kawasan terbabit.

Hadir sama pada majlis ini ialah Ketua Penolong Pengarah Unit Hubungan Industri, Kerjasama dan Perhubungan Industri, Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional Nor Aliza Mohd Ridwan, Penolong Pengarah dari unit yang sama Nurul Ashiqin Abdul Razak, dan Timbalan Pengarah Kanan, Unit Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Sabah Sulaiman Achmad.

Sebagai salah satu perintis dalam industri tenaga negara, Shell Malaysia secara proaktif membangunkan potensi tempatan dalam mengemudi peralihan tenaga.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.361243 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list