CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7958|Reply: 0

[Sarawak] Bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam

[Copy link]
Post time 21-11-2024 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Bantuan Khas Kewangan dua bulan mengikut gaji pokok terakhir November 2024, pembayaran Disember 2024

Abang Johari tiba di Kompleks DUN bagi menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan hari ini. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: Kerajaan Sarawak semalam mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam negeri sebanyak dua bulan mengikut gaji pokok terakhir bulan November 2024, dengan pembayaran BKK pada Disember 2024.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tahun 2024 telah menyaksikan banyak kejayaan dicapai oleh Sarawak dalam pelbagai bidang dan ia adalah hasil sumbangan semua pihak, termasuk anggota Perkhidmatan Awam Sarawak.

“Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen anggota Perkhidmatan Awam Sarawak, sukacitanya saya ingin mengumumkan Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan mengikut gaji pokok terakhir bulan November 2024. Pembayaran BKK ini akan dibuat pada bulan Disember 2024.

“Kita juga berterima kasih atas sumbangan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

“Bagi menghargai jasa dan khidmat bakti mereka, saya ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 seorang secara one-off yang akan dibayar pada suku pertama tahun 2025,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan DUN di sini, hari ini.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua-dua insentif BKK tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM190 juta.

Sementara itu, Abang Johari berkata sebagai tambahan kepada penyelarasan gaji dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 2025, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga bersetuju memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak berdasarkan gred Kumpulan.

Katanya, ia termasuk RM400 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga Gred 4; RM500 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 5 hingga Gred 8; RM600 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 hingga Gred 15 dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima elaun khas sebanyak RM 700.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak kekal teguh dalam komitmennya untuk menyokong kakitangan penjawat awam semasa menghadapi cabaran baharu dan menerima pertumbuhan bagi memastikan tenaga kerja dilengkapi serta bersedia untuk memenuhi permintaan masa depan yang berkembang pesat.

“Pentadbiran saya telah pun melancarkan beberapa inisiatif penting untuk menambah baik kerja, tenaga kerja dan tempat kerja, semuanya bertujuan menjadikan perkhidmatan awam lebih berkesan dan cekap tanpa menjejaskan kebajikan penjawat awam kita.

“Untuk memastikan pelaburan ini diterjemahkan kepada peningkatan sebenar; Kerajaan Sarawak sedang menaik taraf Sistem Pengurusan Prestasi Pekerja (EPMS).

“Ini akan membantu menetapkan jangkaan yang jelas dan menggalakkan penjawat awam mengekalkan standard yang tinggi, sambil menyelaraskan dengan matlamat Sarawak,” tegasnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang membuat penambahbaikan untuk kakitangan di bawah Skim Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) dan skim telah diperkenalkan pada tahun 2002 dan sudah tiba masanya kita meningkatkan faedah kakitangan JBC.

“Dengan menyelaraskan mereka dengan kakitangan tetap kami yang berpencen, kami menunjukkan komitmen kami untuk mengiktirafsumbangan mereka.

“Perubahan ini juga memberi pekerja JBC lebih banyak peluang untuk kenaikan pangkat dan pertumbuhan kerjaya, menawarkan jaminan pekerjaan yang lebih besar dan sokongan jangka panjang.

“Saya membayangkan Skim Perkhidmatan Sarawak yang direka khusus untuk memenuhi keperluan Sarawak dan rakyat kita,” kata Abang Johari.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043721 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list