CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8176|Reply: 0

[Sarawak] Bapa dan anak lelaki parah, tong gas memasak meletup

[Copy link]
Post time 21-11-2024 02:20 PM | Show all posts |Read mode


Siling dapur runtuh akibat letupan tong gas memasak yang mengakibatkan kecederaan kepada dua beranak di Sibu, hari ini.

SIBU: Seorang bapa dan anak lelakinya cedera parah selepas tong gas memasak meletup di rumah mereka di Lorong Permai Timur 9 di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.15 petang sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke tempat kejadian dengan kekuatan 11 anggota.

Menurut Andy, letupan tersebut dipercayai berpunca daripada kebocoran tong gas yang menyebabkan kebakaran kecil pada mesin basuh di dapur rumah mangsa.
"Letupan turut menyebabkan kerosakan pada siling dapur, namun tiada kebakaran besar berlaku.

"Bapa berusia 39 tahun dan anak lelakinya yang berumur 12 tahun mengalami kelecuran lalu dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya dalam kenyataan media.


Siling dapur runtuh akibat letupan tong gas memasak yang mengakibatkan kecederaan kepada dua beranak di Sibu, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak memastikan lokasi kejadian selamat dengan memeriksa sisa tong gas untuk mengelak risiko letupan susulan.

Operasi ditamatkan pada jam 1.35 petang setelah kawasan itu disahkan bebas daripada ancaman bahaya.

Andy turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan tong gas dipasang dengan betul dan memeriksa keadaan getah penyambung secara berkala untuk mengelakkan kebocoran.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.093199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list