CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8029|Reply: 0

[Sarawak] PMKS kekal berperanan penting, menyumbang dari segi KDNK, guna tenaga

[Copy link]
Post time 21-11-2024 02:26 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kekal memainkan peranan penting dan tunjang pembangunan yang progresif menyumbang dengan ketara dari segi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan guna tenaga.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (gambar) berkata sumbangan PMKS amat ketara dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

Beliau berkata pada 2023, lebih 74,000 pertubuhan di Sarawak adalah PMKS dan majoriti adalah perusahaan mikro terutama dalam sektor perkhidmatan.
Pada 2022 PMKS menyumbang RM29.7 bilion atau 17.9 peratus kepada ekonomi Sarawak, tambahnya.

"Walaupun PMKS memberi sumbangan besar kepada ekonomi, sektor ini juga berdepan pelbagai cabaran yang boleh mengehadkan potensi pertumbuhan perniagaan mereka.

"Maka bantuan kewangan sangat penting untuk PMKS bagi mengatasi kekangan kewangan, mengekalkan aliran tunai, membesarkan perniagaan dan mengguna pakai teknologi," katanya.

Justeru beliau berkata kementeriannya akan terus menyediakan pelbagai program bantuan kewangan seperti Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV), Program Go Digital, Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) dan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS).

Sehingga Oktober 2024, lebih 8,900 PKS telah mendapat manfaat daripada skim ini berjumlah RM193 juta, katanya.

Selain itu, lebih 177,000 PMKS di Sarawak mendapat manfaat daripada pelbagai program bantuan kewangan dengan jumlah diluluskan lebih RM2.6 bilion sejak 2021.

Sementara itu, Awang Tengah berkata pada tahun 2025 sejumlah RM40 juta diperuntukkan bagi membangunkan 14 estet perindustrian di Sarawak termasuk Taman Teknologi Tinggi Kuching sebagai pembesaran Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya.

Taman ini jelasnya akan mewujudkan peluang-peluang pelaburan yang menarik dalam sektor elektrik dan elektrikal (E&E), memacu inovasi dalam semikonduktor dan pembuatan termaju.

"Kerajaan Sarawak telah mengesahkan taman teknologi hijau berstatus Zon Ekonomi Khas - Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).

“Ia adalah kerjasama antara SDEC, CENTEXS dan sektor swasta untuk mewujudkan hab perindustrian berteknologi tinggi.

"Pembangunan ini dijangka menjana pelaburan RM12 bilion dan mewujudkan 10,000 pekerjaan semasa fasa pembinaan pada 2030," katanya.

KPGTP jelasnya direka bentuk sebagai taman perindustrian moden, yang memberi tumpuan untuk menarik pelaburan dalam sektor teknologi hijau.

Taman ini akan berfungsi sebagai hab untuk memupuk kerjasama dalam kalangan pemimpin industri, institusi penyelidikan dan syarikat pemula melalui ekosistem yang menyokong, tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.349199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list