CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16015|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak Metro jemput SPRM dan UNIONS saksi audit akan datang

[Copy link]
Post time 28-11-2024 03:12 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Selaras dengan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk amalan rasuah, Sarawak Metro Sdn Bhd menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) untuk menyaksikan auditnya yang akan datang.

Sarawak Metro menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai hasrat Jabatan Audit Negara Malaysia untuk menjalankan audit ke atas syarikat itu pada 7 November 2024.

Pengauditan itu katanya, yang bertepatan dengan audit berjadual ke atas syarikat induk Sarawak Metro iaitu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), dijangka berlangsung pada pertengahan Disember 2024.

"Ini adalah selaras dengan pendirian Sarawak Metro dalam mengalu-alukan usaha semua pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam menjalankan audit ke atas proses semasa syarikat, ke arah meningkatkan standard dan tahap tadbir urusnya, selari dengan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk amalan rasuah," ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu, pada masa ini Sarawak Metro memaklumkan pihaknya sedang dalam proses untuk mendapatkan pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) dan baru-baru ini menyelesaikan Audit Pensijilan Peringkat 2 untuk ABMSnya.

Ini hanyalah salah satu daripada inisiatif dan komitmen terkininya dalam menegakkan amalan tadbir urus terbaik sambil menggunakan piawaian etika tertinggi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.423380 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list