CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40782|Reply: 0

[Johor] Lelaki ditemukan maut dengan kesan tikaman di ruang tamu

[Copy link]
Post time 1-12-2024 12:55 PM | Show all posts |Read mode


Kulai: Mayat seorang warga emas ditemukan dengan kesan tikaman di ruang tamu sebuah rumah di Taman Bahagia, Senai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki warga tempatan berusia 67 tahun itu dipercayai tinggal berseorangan di rumah berkenaan.

"Kita menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tempatan pada 11.42 pagi semalam, yang memaklumkan berhubung kejadian terbabit.

"Pengadu memberitahu menjumpai seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Tan, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman dipercayai menggunakan objek tajam.

"Tiada barangan hilang dari rumah mangsa dan kita masih menyiasat motif dan punca kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Nur Aniyah Ismail di talian 013-9792526 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di talian 07-6632222," jelasnya.


Disiarkan pada: Disember 1, 2024





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.423837 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list