View: 33391|Reply: 8
|
‘Hadir majlis ilmu terapi diri’ – Aprena berjubah, bertudung labuh
[Copy link]
|
|
Biarpun dikritik dek penampilan tidak bertudung sejak akhir-akhir ini, pelakon Aprena Manrose mencuri perhatian ramai apabila hadir ke sebuah majlis ilmu mengenakan baju jubah dan bertudung labuh.
Berkongsi momen tersebut, pemilik nama lengkap Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, itu menyifatkan majlis ilmu adalah tempat untuk dia merawat diri.
“Menghadiri ke majlis ilmu adalah satu terapi diri, cubalah,” katanya.
Rata-rata netizen mengharapkan pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu dapat terus istiqamah dalam urusan menutup aurat.
“Tetapkan diri tutup aurat adalah wajib dan perintah Allah, kuatkan semangat okey,” kata netizen.
“Semoga awak terus kuatkan hati ya, bukan mudah tetapi awak boleh,” ujar peminat.
Dalam majlis ilmu yang dihadiri rakan selebriti lain seperti Nora Danish, Nadiyah Shahab, Kaka Azraff, Syatilla Melvin dan Nelydia Senrose membincangkan topik berkaitan wanita dalam al-Quran.
Sebelum ini anak kepada bekas penyanyi dangdut Iwan itu memulakan usaha bertudung ketika Ramadan 2021 dan mengambil keputusan kekal dengan penampilan tersebut tidak lama kemudian.
Sumber : Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
I pun suka pergi usrah. Especially usrah yang dikelolakan oleh datin2 dan puan2 sri. Usrah kejap je, makan2 yang lama. Sedap-sedap semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, baru dpt bezakan aprena dgn oktovia. |
|
|
|
|
|
|
|
eh wanna ali ek yg tu. lawa pulak dia kat bali tu
rapat jugak ek dorang selalu tgk lepak sama2 |
|
|
|
|
|
|
|
Zeatyisaac replied at 6-12-2024 08:11 PM
I pun suka pergi usrah. Especially usrah yang dikelolakan oleh datin2 dan puan2 sri. Usrah kejap je, ...
hahaha betul |
|
|
|
|
|
|
|
blekkep replied at 6-12-2024 08:59 PM
hahaha betul
Satu lg.. tak leh sentuh tutup aurat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|