CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40526|Reply: 18

[Tempatan] Terengganu banjir semula, gelombang ke-2 [8-14hb Disember]

[Copy link]
Post time 6-12-2024 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 10-12-2024 01:40 PM



KUALA LUMPUR: Pahang dan Johor diramal antara tujuh negeri yang dijangka terjejas teruk melalui gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bagaimanapun kesiapsiagaan melalui pengagihan aset dan pegawai sudah mula diatur serta digerakkan ke kawasan berkenaan.

"Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan gelombang kedua mulai esok dan ini akan berjalan hingga 14 Disember ini.

"Kita harap tidak terjadi sebagaimana gelombang pertama, namun mungkin membabitkan Pahang dan Johor dengan lebih berat. Selain itu, hujung bulan ini hingga Mac gelombang banjir di kawasan sana (Sabah dan Sarawak).

"Namun kesiapsiagaan membabitkan aset, anggota, pegawai dan peralatan mula digerakkan," katanya kepada pemberita selepas pelepasan sukarelawan skuad misi bantuan banjir, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan tujuh negeri bermula esok sehingga 11 Disember ini.

Terdahulu, METMalaysia memaklumkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku esok di lima negeri termasuk di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan dan Terengganu.

Amaran sama diramal berlaku pada 9 Disember ini membabitkan negeri Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Sebelum ini, Ketua Pengarah METMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip dilaporkan berkata luruan monsun dijangka berlaku bermula esok sehingga 14 Disember ini yang berpotensi membawa hujan lebat berterusan di tujuh negeri.

Katanya, luruan monsun berskala lemah hingga sederhana itu diramalkan turut melanda Sarawak dan Sabah, termasuk negeri-negeri di barat Semenanjung apabila intensiti luruan semakin kuat.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diharap dapat melakukan penyelarasan terhadap usaha dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara.

Beliau berkata, sehingga kini lebih 222,000 mangsa banjir di seluruh negara berjaya disantuni dan dibantu dalam mengurangkan beban mereka berdepan bencana alam itu.

BH

Pada Isnin lepas, MetMalaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Dis ini di timur Semenanjung dan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan terbabit dalam tempoh berkenaan.



TUMPAT, 6 Dis (Bernama) -- Segala persiapan keanggotaan dan aset bagi menghadapi gelombang kedua banjir adalah sama seperti gelombang pertama, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata strategi yang sama juga dilaksanakan iaitu memberi keutamaan pada menyelamatkan nyawa dan harta benda.

"Seluruh persiapan kita menghadapi gelombang kedua dan tahap siap siaga itu dikekalkan dan kita berharap prestasi yang serupa digerakkan.

"Pemindahan mangsa-mangsa di PPS (pusat pemindahan sementara) adalah keutamaan kita dan dalam tempoh itu kerajaan juga merekodkan infrastruktur yang rosak akibat banjir," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, di sini hari ini.

Diminta mengulas mengenai operasi pembersihan infrastruktur yang terjejas banjir, Saifuddin Nasution berkata perkara itu akan dilakukan secara berperingkat.

"Tadi dalam mesyuarat jemaaah menteri yang dipengerusikan TPM (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah memberikan pembentangan tentang strategi pascabanjr dan diberikan langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah skuad sukarelawan MADANI di bawah seliaan KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar).

"Di pihak kementerian saya mengerahkan untuk menggunakan seluruh aset pasukan polis bagi menumpukan gerak kerja pembersihan," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai larangan rentas sempadan yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thalland khususnya Sungai Golok yang berkuat kuasa 1 Dis lepas, beliau berkata kerajaan meneruskan perkara berkenaan.


Saifuddin Nasution berkata tiada bantahan diterima daripada mana-mana pihak berhubung larangan tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang tidak lagi membolehkan rakyat Malaysia melalui pangkalan haram.

Diminta mengulas mengenai beberapa suspek warga Malaysia terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan susulan tangkapan dua rakyat negara ini di Thailand, beliau berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes tersebut.

Bernama



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2024 09:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 04:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidupku seperti badai tak henti gelora, musnahlah segala, perasaan dan harapan untuk hari esok tiada lagi



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 11:22 AM | Show all posts
Kali ni sembelih lembu dulu. Kesian lembu nanti kesejukan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-12-2024 11:22 AM
Kali ni sembelih lembu dulu. Kesian lembu nanti kesejukan.

Belum raya haji lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dok panaih.. p dapuq je ketibas.. ujan gerimis je.. pastu panaih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2024 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlis elok je terang benderang pagi ni
Ptg nnt xtau la
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 8-12-2024 07:25 AM
Iols dok panaih.. p dapuq je ketibas.. ujan gerimis je.. pastu panaih

Sama la,panas terik dari pagi sampai malam,hari ni pon panas elok je x tahulah kut petang ni baru start hujan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 8-12-2024 08:12 AM
Perlis elok je terang benderang pagi ni
Ptg nnt xtau la

Dah berapa hari dah iols perasan, tgh hari mendung nampak kelompok awan gelap macam nak hujan lepas tu hilang. Petang pun sama langit mendung macam nak hujan tapi tak hujan. Jadi panas berkuap.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 7-12-2024 10:24 PM
Belum raya haji lagi

Krismas pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
2,3 hari ni kat tempat iolss panas. Malam pun panas. Sekarang ni baru hujan lebat
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Selangor panas gila 2-3 hari ni
Petang ni baru hujan
Nampaknya esk hujan juga laa ni kot
Kalau dah start luruan monsun bagai tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 8-12-2024 03:49 PM
2,3 hari ni kat tempat iolss panas. Malam pun panas. Sekarang ni baru hujan lebat

Tempat kita kan sama huhu yaa tibaaah panas plak tp skrg tgh hujan lebat nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semlm selangor seharian panas terim smpi realfeel 45 degree..ari ni ptg hujan lebat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 8-12-2024 01:16 PM
Dah berapa hari dah iols perasan, tgh hari mendung nampak kelompok awan gelap macam nak hujan lepa ...

Kannn…ni dah ptg pun masih terang lagi ni
Kita tunggu esok cemana pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 8-12-2024 04:32 PM
Tempat kita kan sama huhu yaa tibaaah panas plak tp skrg tgh hujan lebat nih

Rasanya pagi tadi (lepas 12am) hujan. Tapi tu lah...still panas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
elok je paneh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 8-12-2024 12:57 PM
Sama la,panas terik dari pagi sampai malam,hari ni pon panas elok je x tahulah kut petang ni baru  ...

Hujan lebat semalam.. pagi ni sejuk best arrr.. jangan kg sebelah banjir udah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.078385 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list