PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan kononnya beliau ‘pengkhianat negara’ susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas kerajaan menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2018.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sama sekali tidak berhasrat menggadai kedaulatan Malaysia dan menegaskan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama serta negara.
“Jika saya khianati negara, maka seluruh Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) pada masa (2018) itu juga khianat,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Katanya, beliau berpandangan keputusan ICJ mengenai Batu Puteh selaras dengan komitmen yang dibuat kepada negara lain dan Batuan Tengah yang dianugerahkan kepada Malaysia pula dianggap lebih berharga berbanding Batu Puteh, yang dianugerahkan kepada Singapura.
Dr Mahathir berkata, beliau hairan kenapa digelar pengkhianat sedangkan beliau melakukannya tanpa sebarang keuntungan peribadi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan melepaskan Batu Puteh kepada Singapura dianggap sebagai pengkhianatan besar kepada negara.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, ketika semakan dan tafsiran kes ini dibuat pada 2018, Dr Wan Azizah duduk disebelahnya dan didakwa tidak membantah.
Post time 11-12-2024 08:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa2 keputusan kerajaan diputuskan di Kabinet. Keputusan Kabinet. Bukan keputusan PM. Post Menteri Kabinet bukan setakat masuk meeting Kabinet makan karipap ye. Ada masa yang Tun letak jawatan tu kemudian YDPA lantik Tun jadi PM interim tak silap waktu tu kerajaan tak boleh buat apa2 keputusan dasar sebab tak cukup ahli
Post time 11-12-2024 09:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kucingitam replied at 11-12-2024 09:08 AM
mula dah nak menyalahkan org lain..yg buat keputusan, dia..kalau org lain bantah, ingat dia nak dgr ...
Sebelum buat keputusan dh bincang dgan kabinet yg ad pd ms tu. Atok kalo buat keputusan sendiri xde nya dia lantik Pak Lah jd pengganti dia, sah2 pak lah tu team ku li n against atok dlm umno.. ibarat bangnon setuju lantik wak jahid jd TPM, ada bincang ke keputusan sendiri ?
Boleh rujuk muka surat 47 dan 48 Laporan RCI. TM pun berdasarkan kepada bukti yang dinyatakan pada muka surat tersebut. Surat dari Pemangku Setiausaha Negeri Johor kepada Setiausaha Kolonial di Singapura, bertarikh 21 Sept.1953 menyatakan ' Johor does not not claim ownership over Pedra Branca/ Batu Puteh'.
Tamapaknya karakter pemimpin melayu hampir semuanya SERUPA ....Lihat saja Najib dan Mahathir sebagai contohnya ... Mungkin iniadalah warisan budaya melayu yang telah ada di DNA bangsa melayu sejak era empire melaka dahulu ...
Lihat saja Case 1MDB Najib ....Jika ada tuduhan korupsi di rezimnya selama berkuasa maka beliau akan berdalih bahwa itu adalah DOSA KITA BERSAMA ... walaupun faktanya Naiblah yang paling banyak mendapatkan bagian dan kenikmatan korupsi 1MDB itu.....
Elu sendiri yang habisin kuenya ... tetapi sekarang kok kita semua yang harus ikut menanggung dosanya ...
Post time 11-12-2024 03:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Putarr jgn x putarrr Atokk...dia yg buat keputusan sorg2 pastu nk salahkan kabinet..padahal kabinet pun blom wujud masa dia hantar surat kat singapo nk batal rayuan tuh..
apo pulak xde org lain. nek pidah, abahcow, najib pun ada. tapi sebab mesyuarat umno n kabinet sebulat suara nakkan pak lah jd Timbalan, atok pun follow la keputusan mesyuarat, wlupun atok tahu pak lah bukan team dia. pak lah team Ku Li.