CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18871|Reply: 111

Yang lain jangan sibuk sebab Joe (JoBranko) pun dah 'move on'. Saya pun dah 'move on' - Awie

[Copy link]
Post time 18-12-2024 03:17 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Vokalis Wings meminta orang luar agar tidak mencampuri urusan kumpulannya yang kini disifatkan berada pada tahap sukses.


Ia berikutan kenyataan Mel juga bekas penyanyi Wings yang mahu melihat anggota asal Wings bersatu kembali sebelum dia menutup mata.


"Sila bertenang. Sebenarnya saya juga ingin bersama (JoBranko). Tapi kalau saya bersama, dua orang ini (Sham dan Edrie) saya nak campak mana? Kemahuan orang ini hanya empat orang saja (Awie, Eddie, Black dan JoBranko).


"Tak bagus lah. Sebenarnya kita pun nak, tetapi dalam masa tengah kita perjuangkan sesuatu ini, kita buatlah jalan dulu. Yang lain jangan sibuk sebab Joe (JoBranko) pun dah 'move on'. Saya pun dah 'move on'.


"Jadi kita tak ada apa-apa nak dikecohkan lagi. Mereka (Barbarik) dah ada band yang bagus. Barbarik  sangat bagus, jalan terus tak ada masalah," katanya ditemui pada sidang media Konsert TRIAD di sebuah kelab hiburan, di sini, semalam.


Awie, 56, meminta pihak berkaitan yang sudah terkeluar dari Wings supaya jangan menyibuk dan biarkan mereka menguruskan kumpulan itu sebaiknya.


"Memang kita nak. Dah makin peringkat umur ini kita dah tak nak kecoh-kecohlah.


"Saya pun tak pernah nak bising apa-apa. Saya diam saja semua, saya tak nak cakap apa pun, tidak. Tapi bila yang orang luar pula bercakap macam ini untuk apa? Tak usah keruhkan keadaan.


"Nanti benda ini nampak buruk pada saya juga. Saya tak nak orang asyik menuduh saya sahaja sebab saya tak pernah buka mulut pun apa soal peribadi, soal kejadian A hingga Z. Saya diam," kata Awie yang meminta orang luar agar jangan membuka peluang bagi mengeruhkan lagi keadaan memandangkan mereka semua sudah berusia.


Secara peribadi dia tidak menuding jari kepada sesiapa dan membiarkan perkara ini mengikut keadaan yang ditetapkan.


Bagi Awie lagi, JoBranko sudah mempunyai landasan terbaik bersama Barbarik.


"Saya suka tengok band dia. Saya tengok persembahan mereka, bagus band ini, teruskan. Tak ada apa lagi dia (JoBranko) nak toleh belakang dah. Tak perlu lagi. Masing masing dah bahagia dengan jalan hidup sendiri.


"Saya tengok mereka dah okey dah sukses. Yang bagus teruskan dan saya sokong. Tak perlu nak fikir lagi dah apa yang lepas-lepas.


"Yang membuatkan fikiran orang berfikir ini adalah orang yang di kiri kanan yang bukan-bukan," katanya.


Sementara itu, Konsert TRIAD akan menampilkan Awie sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock ikonik: Wings, Search Kid Din, dan juga Dragon Malaya.


Konsert TRIAD dianjurkan Rumah Produksi Merah ini berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari depan jam 8.30 malam.


Dragon Malaya kini dianggotai Lan Taro, Eddie Def Gab C, dan Pae. Ia ditubuhkan pada tahun 1998, Dragon Malaya adalah kumpulan pengiring untuk persembahan solo Awie, termasuk projek album solonya, Rentap, dengan lagu ikonik seperti Kuda Tiga Kaki dan Bumi Kita Ada Naga.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
husinnnn
husinnnn
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:09 PM | Show all posts
Joe Branko tu Joe Wing dulu tu ker..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca tp aku xphm [em:24:]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Awie ni nyanyi bagus. Berlakon pun kelakar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:56 AM | Show all posts
awie boleh jalan sendiri dah.. dah ada nama dan branding sendiri .
kalau yg lain tak sudi bergabung,, jalan solo je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa jobranko tu? Laki linda rasul ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 10:21 AM | Show all posts
Cpkay replied at 19-12-2024 09:56 AM
awie boleh jalan sendiri dah.. dah ada nama dan branding sendiri .
kalau yg lain tak sudi bergabung ...

mmg boleh jalan solo... tpi org ujung2 tetap nak die nyanyi lagu wings. contoh performance heols lastime..last2 member wings semua naik perform sbb fans rindukan wings.. hahahha apapun nobody can replace wings and joe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 11:04 AM | Show all posts
DeLuna85 replied at 19-12-2024 09:44 AM
Awie ni nyanyi bagus. Berlakon pun kelakar.

asalnya dia pelakon siries, tapi imej itu telah dirosak oleh adflin shauki dan juga mamat khalid
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 11:14 AM | Show all posts
hakak selama sawie jadi penyanyi hakak tak penah minat. tp bila heshe belakon antu kak limah, hakak minat heshe plak hahahaha, smpai anak2 hakak yg kecik2 pun terminat sawie sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 19-12-2024 10:21 AM
mmg boleh jalan solo... tpi org ujung2 tetap nak die nyanyi lagu wings. contoh performance heols l ...

Dan kalau Wings pun orang nak Wings Awie, Black, Joe dengan Eddie. Guitar tu bagi lah Edrie ke apa (semua tahu Edrie is a really good guitarist) tapi sound signature Joe tu tu yang buat Wings jadi Wings. So Awie selamanya lah kena hadap soalan pasal Joe haha.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 11:34 AM | Show all posts
izat123 replied at 19-12-2024 11:24 AM
Dan kalau Wings pun orang nak Wings Awie, Black, Joe dengan Eddie. Guitar tu bagi lah Edrie ke apa ...

betul uols... lagu mimpi syakilla ke apa..aritu guitarist lain yg bawak.. tk brp umpph mcm joe. so kau nk gerak solo ke apa, awie tetap tk dpt dipisahkan dgn lagu2 wings.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 12:24 PM | Show all posts
rosevelvet replied at 19-12-2024 10:10 AM
Sapa jobranko tu? Laki linda rasul ke

jo branko tu joe wings lah
dia dah ada band baru barbarik, so nama pun sudah tukar lah



hensem joe ni masa berlakon filem Putera
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 19-12-2024 12:24 PM
jo branko tu joe wings lah
dia dah ada band baru barbarik, so nama pun sudah tukar lah


Yelah ni suami linda rasul. Linda rasul tu bekas model
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 19-12-2024 12:24 PM
jo branko tu joe wings lah
dia dah ada band baru barbarik, so nama pun sudah tukar lah


Masalahnya dah umur 50an baru tukar nm... Mcmn org nk ingt
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 01:14 PM | Show all posts
rosevelvet replied at 19-12-2024 12:36 PM
Yelah ni suami linda rasul. Linda rasul tu bekas model

ooo yeke...tak kenal la linda rasul tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 01:16 PM | Show all posts
edoraixora replied at 19-12-2024 12:24 PM
jo branko tu joe wings lah
dia dah ada band baru barbarik, so nama pun sudah tukar lah

oo ini ke joe...hesmes joe ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 01:56 PM | Show all posts
duta gibson joe ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
izat123 replied at 19-12-2024 11:24 AM
Dan kalau Wings pun orang nak Wings Awie, Black, Joe dengan Eddie. Guitar tu bagi lah Edrie ke apa ...

Sgt agree.

Lagu wings kesukaan iols pun Lena Diulit Intan. Joe yg nyanyi yer, bukan awie. Ooops
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 19-12-2024 12:36 PM
Yelah ni suami linda rasul. Linda rasul tu bekas model

Lawa bini dia.. terpaksa cari Joebranko kat ig sb confuse bila Joe tukar nama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 1.259732 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list