CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43813|Reply: 200

“Ingat Nak Jimat Perbelanjaan, Sudahnya…” – Zarina Zainuddin Sedih Bekal Makanan Tak Boleh Bawa Masuk Jepun

[Copy link]
Post time 18-12-2024 04:47 PM | Show all posts |Read mode



Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa sedih apabila bekal makanan yang dibawa untuk dijamah ketika bercuti di Jepun telah dirampas oleh pihak imigresen baru-baru ini.


Zarina berkata dia gigih menyediakan makanan dan lauk dari Malaysia kerana bimbang akan harga makanan yang agak mahal di negara matahari terbit itu.


"Saya punyalah gigih masak gulai Ayam Kampung, masak rendang daging dan ayam, daging blackpepper, gulai lemak daging salai dan ayam salted egg."

"Semua kena tahan selepas di declare, saya ingat lepas sebab semua saya simpan dalam satu kotak."

"Yang lepas sotong salted egg dan kuah kari serta pulut kuning. Ingat nak jimat perbelanjaan sudahnya sedih."

"Nak bawa anak-anak berjalan tempat macam ini semua mahal."


Perkara ini telah dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.


Pelakon itu turut memberitahu dia memilih untuk bercuti ke luar negara kerana sudah beberapa kali gagal menunaikan janji dengan anak-anak.


  



Namun percutiannya kali ini dia tidak membawa Azil dan suaminya iaitu Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar kerana bimbang tidak mampu mengawal anak sulungnya yang menghidap autisme.


"Kali ni perjalanan saya bercuti tanpa Azil dan abahnya. Dekat Jepun ni undang-undang lain macam tak boleh bising, tak boleh cakap kuat. Macam mana nak bawa Azil?



"Rindu pula pada Azil dan abahnya, nanti kita pergi Langkawi hujung bulan ini Insha-Allah."




Sumber – Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak holiday harus pengorbanan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Meratib tak bawa anak sebab undang2 lain ???? Kalau nak berjimat baik bercuti dlm Malaysia terus.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:54 PM | Show all posts
Hurrmmmm...kalau nak bawa juga maybe lain kali kene buat retot dulu..lantaklah ejaan aku betul ke salah. Then label betul2. Tapi sebaiknya takyah la bawa bekal bersumber daging. Kebanyakan peluang utk kene reject or buang tu ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnyer x bole bawak makanan berdaging japan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam nak berkelah kt oversea. That’s the price to pay. Nak convinience travel dalam negara je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 05:09 PM | Show all posts
Edited by dewi_rina at 18-12-2024 09:11 AM

Ibarat nak masuk waterpark, sorok makanan bawah baju.. Sbb nak jimat, makanan dalam tu mahal, nasi lemak bungkus sampai 10 ringgit..Tapi malangnya tak lepas, kena rampas.. Gitu ke kak?

p/s: Kalau nak berjimat bawak pergi i city je, masuk rumah salji.. Tapi tulah kan, dekat negara sendiri mesti taknak ikut undang-undang, confirm nnti cerita lain pulak, org tu kejam sbb tak bagi bawak masuk makanan yg dah dimasak penat2

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:13 PM | Show all posts
Btw anak-anak dia semua tak hensem ye, kuat betul rupa dia

Mak acik ina ni baru meninggal kan? Sbb tu kena tulis note kat bawah tu, bawak anak bercuti ke Jepun sbb dah janji dgn anak-anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali nak g negara orang tu study dulu apa yang bole apa yang tidak. Last time pergi boleh je bawa yang penting patuh requirement satu2 negara tu. jangan tau nak mengangkang huttan. Amazon je
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih masak rendang bagai bergusti sinsing tangan baju kelawar masak mcm2 sekali xlepas..huhuhu..membazir jah..kalau nak jejalan obersi kenalah banyak fulus..napa x gie Medan jah..obersi jugak..boleh jadi jutawan rupiah lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:25 PM | Show all posts
gigih btl la pi travel oversea siap masak...sblm nk pg tu kira la bajet siap2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tu belum nk masuk disney lagi belipat kali ganda…nak melancong
budget ciput
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa xsedekah je utk org makan kat epot tu...sah2 mesti ada org msian lain yang travel ke jepun masa tu..kongsi2 la makan..

Tp yela..klu xdibuang nnt xdramatic la plak..cmne nk buat content plak..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 18-12-2024 05:09 PM
Ibarat nak masuk waterpark, sorok makanan bawah baju.. Sbb nak jimat, makanan dalam tu mahal, nasi l ...

Klau masok dlm themepark mcm sgala disney land disney sea smue plak lgi la x leh bawak any makanan .. kene jgak beli dlm tu n dlm tu plak mane ade restoren halal.. pandai pandai cari yg vegetarian menu .

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:45 PM | Show all posts
Zeelalala replied at 18-12-2024 04:54 PM
Hurrmmmm...kalau nak bawa juga maybe lain kali kene buat retot dulu..lantaklah ejaan aku betul ke sa ...

die ade mesin retort gedabak. for sure die tahu semua benda tu,
tp ade je imigresen yg poyo..even retort food pun, sje dengki tk bg lepas
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:48 PM | Show all posts
princessmiang replied at 18-12-2024 05:13 PM
Lain kali nak g negara orang tu study dulu apa yang bole apa yang tidak. Last time pergi boleh je ba ...

menyampah jenis yg suke mencelah benda yg tak relate,
nmpk sgt dangkal
aib die yg lepas tu sudah la..motip cite sal mknan tk lepas,
nk relate dgn hutan amazon? jd forumer biar cerdik sket jgn bodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila weh..nk bercuti overseas pun gigih bawak bekal mcm tu. Baik ko bercuti kat genting jr nyah
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian le pulak mendengarnya
Haruslah achik zz ni nak berjimat budak lelaki mkn bukan reti nak sikit2 selalunya
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Budohlaaa. Kalau kau kena bawak bekal  sbb nak berjimat ni maknanya ko x mampu lg bercuti la gituhhhh.. org nak tenang2 je. Baik p langkawi jahhh nek oi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 18-12-2024 06:22 PM

Sian..igt pulut kuning popular semalaya kaya byk duit..somi pon dato sri,x kisah psl duit mkn..lgpon pakcik sheols kn ada kt sana..ape ssh pikir mkn.makcik Jepun sheols pandai msk..suka tgk mknan sahur derang sekeluarga!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.982731 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list