MEREKA berdua sudah lama berkenalan iaitu sejak di bangku sekolah lagi.
Ketika remaja, mereka pernah terpisah dan kembali bertemu dalam bidang lakonan.
Dalam diam, Lisa Surihani Mohamed, 24, begitu mengagumi bakat lakonan Shaheizy Sam Abdul Samad, 28, yang terlebih dulu mengukir nama. Lantas berdetik di hati Lisa untuk berlakon dengan kawan lamanya itu.
Hasrat itu kini ditunaikan produser MIG Productions, David Teo yang menemukan mereka berdua sebagai hero dan heroin dalam filem terbaru, Sekali Lagi arahan Hashim Rejab.
Hashim adalah salah seorang pengarah muda dalam Skim 10 Pengarah Muda yang mahu dicetuskan MIG.
Dalam filem itu, Sam berlakon sebagai Arman yang percaya dirinya penghidap austisme manakala Lisa pula sebagai Sheila, ibu tunggal anak satu lakonan Mia Sarah Nasuha.
Mia, 4, pernah membintangi drama bersiri Adamaya dan Epilog Syurga Cinta.
Sam yang ditemui berkata, dalam cerita itu Arman percaya kata-kata ibunya yang dia menghidap autisme.
Arman digambarkan berusia 24 tahun, tetapi berperangai seperti kanak-kanak usia lapan tahun.
“Dia seorang yang lurus, tapi bukan terencat akal. Untuk membawakan watak muda, saya banyak perhatikan sikap anak buah saya di mana saya kena belajar menjadi kanak-kanak semula.
“Alhamdulillah, saya dapat berlakon dengan Lisa yang sangat berbakat dalam bidang lakonan selain pasukan kerja yang bagus. Kejayaan sesebuah drama atau filem bukan kerja seorang, tetapi tugas berpasukan. Saya kenal lama dengan Lisa dan di situ akan terciptanya keserasian antara kami berdua.
“Kami pernah berlakon dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak, tapi bukan sebagai pasangan.
“Mungkin penonton suka lakonan saya dalam kedua-dua versi Adnan Sempit itu tapi saya bukan pelawak sebenarnya. Bagi saya juga kejayaan Adnan Sempit bukan kerana saya seorang, tapi kerana komitmen semua yang bekerja dengan produksi filem itu,” katanya.
Pelengkap kepada filem ini adalah kehadiran pelakon berbakat dan senior seperti Kartina Aziz, Bront Palarae dan Bob Lokman.
Sementara itu, Hashim berkata, selain pelakon popular, kelebihan lain filem berkenaan yang sudah pun memulakan penggambaran 27 September lalu adalah dari sudut sinematografinya.
Sumber : Harian Metro
http://melayukini.co.cc/lisa-sam-bersatu
sam nih mmg before adnan sempit diakui aktor yg bagus cuma tak expose jer.....aku pernah tgk die berlakon drama mmg best die berlakon penuh jiwa gituu....
untuk aku lakonan lisa.... x semua watak die kayu.... tapi diakui la... die mmg ada masalah utk hayati watak sedih tp masa LBS mmg die improve byk.... tp biler dgr trailer Sekali lagi.... hmm.... aku rasa lisa perlu baiki bagaimana nak lontarkan suara utk scene marah.... entah la.... aku rasa cam x berapa nak ok.... apa2pun kena tgk movie nie dulu.... tp aku mmg x sabar nak tgk lakonan sam sebagai seorg yg berperangai budak2... nak tgk sejauhmana die boleh explore watak tu