View: 18587|Reply: 1
|
[Jenayah]
Kes pecah rumah, curi, rogol di Kelantan meningkat
[Copy link]
|
|
Kes pecah rumah, curi, rogol di Kelantan meningkat
Oleh Siti Rohana Idris - Disember 20, 2024 @ 4:22pm
[email protected]
KOTA BHARU: Indeks jenayah di negeri ini mencatatkan peningkatan dengan 2,212 kes dilaporkan sepanjang tempoh Januari hingga November, berbanding 1,921 kes untuk tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kes pecah rumah mencatatkan peratusan paling tinggi iaitu 64.4 peratus diikuti curi (53.1 peratus), manakala rogol (21.8 peratus).
Beliau berkata, jenayah seksual dalam kalangan remaja berada di tahap serius dengan 148 kes dilaporkan bermula Januari hingga November.
"Jumlah kes membabitkan mangsa berusia 16 tahun ke bawah adalah 131 kes (88.5 peratus), manakala mangsa 17 tahun ke atas pula 17 kes (21.5 peratus).
"Biasanya yang berlaku adalah suka sama suka dan faktor utama disebabkan penggunaan telefon pintar yang tidak terkawal yang dapat mengakses pelbagai laman web lucah sekali gus mempengaruhi remaja untuk mencuba.
"Tanggungjawab polis untuk mengambil tindakan jika ada laporan tapi peranan sepenuhnya adalah di pihak ibu bapa yang perlu sentiasa memeriksa telefon pintar anak masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes rogol atau suka sama suka tidak banyak membabitkan penyalahgunaan dadah, sebaliknya dipengaruhi nafsu.
"Bagi kes pecah rumah atau curi pula, biasanya membabitkan penagih dadah kerana desakan kewangan untuk mendapatkan bekalan dadah," katanya.
Terdahulu, Mohd Yusoff hadir di Masjid Raudhatul Muttaqin Mukim Kemumin, di sini, sempena program 'KP Bersama Komuniti' dan ceramah isu-isu semasa.
Mohd Yusoff berkata, kes penipuan dalam talian turut mencatatkan peningkatan tahun ini dengan 987 kes membabitkan nilai kerugian kira-kira RM25 juta.
"Sindiket 'scammer' ini ada yang membabitkan pelajar sekolah dengan menjadikan akaun pelajar sebagai keldai akaun dan digunakan untuk memasukkan wang hasil penipuan.
"Modus operandi sindiket 'phone scam' adalah membuat panggilan secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana institusi kewangan dan agensi kerajaan seperti PDRM.
"Scammer 'love scam' pula memancing cinta mangsa menggunakan kata-kata romantik dan janji palsu sebelum memperdaya mangsa seterusnya memasukkan wang ke dalam akaun suspek," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|