CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88518|Reply: 1

[Tempatan] Jumlah peguam, jurukur tanah, doktor Bumiputera meningkat dua angka pada 2023

[Copy link]
Post time 24-12-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
Disember 24, 2024 @ 5:29pm
[email protected]


Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Jumlah peguam, juruukur tanah berlesen dan doktor gigi berdaftar dalam kalangan Bumiputera mencatatkan pertumbuhan dua angka pada tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata pertumbuhan itu membabitkan 13.7 peratus bagi bidang peguam, juruukur tanah berlesen (12.2 peratus) dan doktor gigi (11.8 peratus) berbanding 2022.


"Melihat kepada aspek bilangan profesional Bumiputera terpilih yang berdaftar dengan badan profesional sehingga 2023, seramai 12,222 direkodkan sebagai akauntan berdaftar, peguam (10,057), doktor gigi (7,880), jurukukur bahan (3,055), arkitek (1,013) dan juruukur tanah berlesen (359).

"Dari segi sumbangan bilangan profesional Bumiputera kepada setiap profesion berdaftar pada 2023 ialah akauntan berdaftar (31.2 peratus), peguam (39.7 peratus), doktor gigi (55.3 peratus), juruukur bahan (62.3 peratus), arkitek (41.2 peratus) dan juruukur tanah berlesen (61.8 peratus)," katanya menerusi kenyataan hari ini.


Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. - Foto fail NSTP


Mohd Uzir berkata, bagi tahun lalu, seramai 9.8 juta guna tenaga Bumiputera direkodkan dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Katanya, kadar penyertaan tenaga buruh bagi lelaki Bumiputera kukuh pada 80.8 peratus, manakala perempuan berada pada kadar 53.4 peratus.

Beliau berkata, berdasarkan pencapaian tahap pendidikan dalam kalangan tenaga buruh Bumiputera, sumbangan tenaga buruh yang berpendidikan menengah dan setaraf sebanyak 56.2 peratus.

Dari segi statistik penduduk pada 2024, Mohd Uzir berkata, etnik Bumiputera merangkumi 63.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia atau 21.6 juta orang, bukan Bumiputera pula merangkumi 26.7 peratus dan bukan warganegara 10 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Peluang untuk bumiputera menceburi bidang baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040759 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list