Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad - Disember 30, 2024 @ 5:03pm [email protected]
AYER KEROH: Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bersama anak perempuan, menantu dan dua pekerjanya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang pengurus syarikat insurans di Kota Laksamana, bulan lalu.
Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie, 62; Nur Amalina, 33; Amran Azmi, 32, dan dua pekerjanya, Azian Ab Rahim, 37, dan Muhammad Azrul Syafiq Rosman, 28, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan itu selesai dibacakan di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri.
Berdasarkan pertuduhan, mereka dalam mencapai niat bersama dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Nur Hakim Baharudin, 30, di Eggxtra Cafe', Jalan KLJ 6, Taman Kota Laksamana pada 14 November lalu, kira-kira jam 8.30 malam.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda denda boleh sampai RM2,000 atau dengan kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof dan Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh.
Namun peguam Bala Subramaniam merayu jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya mempunyai komitmen kewangan peribadi di samping menanggung ahli keluarga masing-masing serta memberikan kerjasama baik dalam siasatan kes.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh dijamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Januari ini untuk serahan dokumen.
Dalam prosiding sama, Mohamad Fazil dan Azian turut berdepan pertuduhan berasingan iaitu menakutkan secara jenayah terhadap mangsa sama, dengan masing-masing berkata: "Jangan buat lagi kerja bukan-bukan...,kalau tak...,hang tak tau..., kerja komando macam mana" dan "jangan sampai suami aku cari korang kat luar" pada tarikh, masa dan di tempat sama.
Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Nur Amalina pada tarikh, masa dan di tempat sama didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mangsa iaitu kesalahan Seksyen 14 Akta Kesalahan- Kesalahan Kecil 1955, jika disabitkan boleh didenda maksimum RM100.
Mahkamah membenarkan Mohamad Fazil dan Azian diikat jamin RM3,000 setiap seorang manakala Nur Amalina RM800 dan semua kes akan disebut semula pada 23 Januari ini.
Terdahulu peguam, Bala Subramaniam memohon mahkamah mengeluarkan perintah larangan bersuara (gag order) bagi menghalang 'perbicaraan oleh media' terhadap kes anak guamnya yang berprofil tinggi, namun dibantah Nor Azizah yang berhujah kes berkenaan sama seperti kes-kes lain dan tiada keperluan diberikan perintah berkenaan.
Antara lain peguam berkata, gag order itu bagi melindungi maklumat terperinci berkaitan anak guamnya daripada diakses atau dikomen daripada orang awam termasuk di media sosial yang secara langsung dan tidak langsung akan menjejaskan reputasi tertuduh serta perniagaan dan pendapatan syarikatnya.
Majistret Nor Syaliati kemudian menolak permohonan itu selepas meneliti kes duluan yang dirujuk secara lisan peguam.
Lima tertuduh dengan diiringi polis di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini. - Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad.
Namun peguam Bala Subramaniam merayu jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya mempunyai komitmen kewangan peribadi di samping menanggung ahli keluarga masing-masing serta memberikan kerjasama baik dalam siasatan kes.
Sebab nk bayau lambo ferrari GTR kan??? Fazil agency da byk cite tak enak aku dgr lps tu jwtn kosong sentiasa ada dkt sini..
Yang kne pukul tu ank Dato juga... tp Fazil ni lg kaya laa dari apak budak tu.. elok la VIP vs VIP
Post time 31-12-2024 10:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
mujur la yg kene pun org kaya jugak, kalau marhaen org kg jenuh habis gitu je laa.
padan muka. menurun sgt peel ayah ke anak smpai menantu pun sama naik
kalao pakai rolls royce tak patut la denda 2ribu je, kena denda 200ribu sorang wakakaka
tak silap aku kt eropah sistem denda dia ikut pendapatan individu, kalo dia soerang kaya, nett worth tinggi, silap2 denda trafik pn boleh cecah 20ribu ,
tu pun mnta kurang lg denda alasan ada kewangan peribadi.. pdhl nk tanggung lambo ferrari gtr RR tu
yg tu tak silap kes memandu lebih had laju kan? pernah dgr juga dia ikut pendapatan pesalah.. Swiss,Finland & UK amalkan saman had laju ikut pendapatan kan