CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5838|Reply: 17

[Tempatan] Mekah jadi tempat buat content nak promosi produk

[Copy link]
Post time 7-1-2025 01:13 PM | Show all posts |Read mode
MEKAH – Jemaah umrah dan haji diingatkan tidak menjadikan Kaabah sebagai tempat mempromosikan produk, sebaliknya memberi sepenuh tumpuan kepada ibadah tersebut.

Mutawif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), Muhamad Zaki Ridzuan atau dikenali sebagai Pak Tam berkata, terdapat individu termasuk segelintir peniaga online dan pempengaruh yang membuat kandungan di depan Kaabah bagi tujuan berniaga.



“Bila datang ke Mekah ini, Alhamdulillah bagus tetapi kalau datang semata-mata nak buat ‘content’, itu tidak bagus. Sampai depan Kaabah nak buat ‘content’ jual produk, bukan tempatnya lah kan.

“Kalau nak berniaga, cari jalan lain kerana banyak lagi cara lain untuk mempromosikan produk,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut melarang jemaah melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu di Makam Nabi Muhammad SAW.

“Janganlah sampai Makam Nabi Muhammad SAW pun nak buat konten, nak cari makan dengan cara begitu, tidak sesuai,” ujarnya.

Kata Muhamad Zaki, perbuatan ‘terkinja-kinja’ atau kelakuan tidak beradab di depan Kaabah secara melampau juga perlu dielakkan.

“Agama Islam tidak suruh pun kita berkelakuan melampau seperti itu, kita buat apa yang agama suruh dan jangan melampau.

“Waktu-waktu lain dah lalai, takkan masa depan Kaabah pun kita nak lalai. Masa mana lagi kita nak ada kenangan dengan Tuhan kita,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan kepada seluruh jemaah agar mengerjakan ibadah tersebut dengan sebaiknya bagi mendapatkan umrah dan haji yang mabrur.

Sebelum ini, terdapat rakyat Malaysia yang dikecam kerana membuat konten selain mempromosi produk di depan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah serta di Masjid Nabawi di Madinah.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 01:25 PM | Show all posts
Dulu aku ada nampak di you tube iklan CPO trading. Pelakon  sedang pegang laptop buat CPO trading depan masjid di Mekah. Sambil tunggu azan sambil buat trading.
Mesej : trading , beli jual untung boleh buat di mana-mana.     
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 04:54 PM | Show all posts
Sekarang ni non-muslim pun dah boleh masuk Madinah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 7-1-2025 01:25 PM
Dulu aku ada nampak di you tube iklan CPO trading. Pelakon  sedang pegang laptop buat CPO trading de ...

Ada doa khas Rasulullah ajar untuk jual-beli dlm masjid ni
Doa melingkup..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 06:28 PM | Show all posts
alah cuci dosahh pun ghamai

terbaru vevek yusofunny sama watiskubis


yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 7-1-2025 06:11 PM
Ada doa khas Rasulullah ajar untuk jual-beli dlm masjid ni
Doa melingkup..

Ada ye doa melingkup? Doa apa tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2025 06:30 PM | Show all posts
Sebab tu setan cakap manusia ni banyak rongga.. lemah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 7-1-2025 06:29 PM
Ada ye doa melingkup? Doa apa tu?

Doa tu ada someone up masa dato dr prof Izhar niaga minyak wanginya ber background kan Kaabah...drp hadis nabi..
U search kisah tu..tak silap i kisah tu sebelum bff nya laki Heliza kantoi as scammer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 10:07 PM | Show all posts
snap snap gambar kenangan jer cukup lah
takyahlah sampai nak meniaga dalam MH depan Kaabah etc

saya banyak ambik gambar dengan jemaah dari pelbagai negara
saja buat kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 10:25 PM | Show all posts
gigahertz replied at 7-1-2025 04:54 PM
Sekarang ni non-muslim pun dah boleh masuk Madinah.

kalau aku salah ampunnn....non-muslim tidak dibenarkan bermukim secara tetap di tanah haram....visits mungkin dibenarkan...tapi percanggahan berlaku dalam ke-empat2 mazhab....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 10:41 PM | Show all posts
Non muslim x boleh masuk ke masjidilharam, mekah sahaja. Madinah tidak dibenarkan bermukim tapi boleh masuk, termasuk berjual beli di zaman umar r.a. Even zaman nabi pun terima kunjungan rombongan kafir datang ke masjid nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 12:03 AM | Show all posts
Tajuk tu kalau leh adjust bagi sama konten dengan berita.

Patut tajuk : Jangan jadikan Mekah tempat membuat konten....
Bukan : Mekah jadi tempat buat konten...
Nmpk x jauh beza, tapi maksud dah lain.

Sekadar teguran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
silance: Dulu aku ada nampak di you tub ...

Itulah manusia jahil.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 7-1-2025 10:25 PM
kalau aku salah ampunnn....non-muslim tidak dibenarkan bermukim secara tetap di tanah haram....vis ...


Kerana kejahilan pemimpin islam arab dah kembali jadi jahiliah. Sebenarnya kota makkah dan madinah diharamkan buat orang kafir kalau tak salah, ada hadis nabi pasal ni. Muhammad bin salman nak buat arab saudi jadi eropah no.2 bangang bin bahlol mbs ni. Dia ni barua yahudi zionist laknatullah. Semoga Allah beri hidayah kat mbs ni atau ganti mbs ni dengan pemimpin arab lain yang baik dan soleh. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 12:56 PM | Show all posts
silance replied at 7-1-2025 01:25 PM
Dulu aku ada nampak di you tube iklan CPO trading. Pelakon  sedang pegang laptop buat CPO trading de ...

wah hebatnyee...

org kalo betul2 berduit smpai sana beribadah je..tak hirau urusan kerja, melain kan mmg bisnes dia mutawif, kena uruskan jemaah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:41 PM | Show all posts
Itzy replied at 8-1-2025 11:39 AM
Kerana kejahilan pemimpin islam arab dah kembali jadi jahiliah. Sebenarnya kota makkah dan madinah ...

mmg tak salah...berdasarkan Surah At-Taubah dan beberapa hadis....
[color=rgb(194, 152, 0) !important]Syariat Islam melarang non Muslim untuk memasuki Tanah Haram (mulia) berdasarkan firman Allah SWT sebagai berikut:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنَّمَا الْمُشْرِكُوْنَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هٰذَا ۚوَاِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيْكُمُ اللّٰهُ مِنْ فَضْلِهٖٓ اِنْ شَاۤءَۗ اِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ



Artinya: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis (kotor jiwanya). Oleh karena itu, janganlah mereka mendekati Masjidilharam setelah tahun ini. Jika kamu khawatir menjadi miskin (karena orang kafir tidak datang), Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS At-Taubah : 28)


Tapi....keempat2 Mazhab, masih ada percanggahan mengenai non-muslim memasuki Madinah selain Masjid2 terutama Masjid Nabawi...so siapa la kita nak menjatuhkan hukum....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 01:45 PM | Show all posts
konten di mana-mana.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:45 PM | Show all posts
konten di mana-mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068147 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list